Manchester United Kini Semakin Lupa Apa Itu Kekalahan

Manchester United kini semakin lupa apa itu kekalahan selepas skuad kendalian Erik ten Hag itu mencatatkan kemenangan keempat mereka secara berturut-turut malam semalam.

Manchester United berjaya menewaskan Arsenal 3-1 untuk mengutip tiga mata penuh dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu.

Bertemu pendahulu saingan Premier League yang masih tidak terkalahkan, tiada siapa sangka Manchester United bakal mencatatkan kemenangan selesa untuk menjadi pasukan pertama menewaskan Gunners musim ini.

Gol debut Antony dan dua gol jaringan Marcus Rashford sudah cukup untuk membantu Manchester United mencatatkan kemenangan selesa bertemu Arsenal malam semalam.

Melihatkan Arsenal kini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, ramai yang percaya skuad kendalian Mikel Arteta itu tidak akan berdepan masalah untuk tewaskan Man United.

Walau bagaimanapun, kecemerlangan barisan pemain dari skuad Red Devils itu menyukarkan Arsenal untuk mudah mengutip tiga mata penuh dari perlawanan tersebut.

Anak-anak buah Erik ten Hag bermain dengan sangat baik dalam perlawanan tersebut dan tidak keterlaluan untuk menganggap mereka antara pasukan terbaik dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Bermula dengan aksi bertemu Liverpool, skuad Manchester United sebenarnya sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang mereka kini bukan lagi pasukan belasahan seperti apa yang mereka lalui sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Selepas Liverpool, Man United berjaya menewaskan Southampton, Leicester City dan terbaru Arsenal.

Empat kemenangan dari empat perlawanan terakhir membuktikan yang Manchester United kini merupakan antara pencabar utama untuk merebut gelaran Premier League.

Selepas memulakan kempen saingan Premier League dengan mencatatkan dua kekalahan dari dua perlawanan awal, Ten Hag berjaya membantu United untuk menjauhkan diri dari kekalahan.

Kini, peminat sukar untuk melihat Man United keciciran mata lagi dan tidak akan mengejutkan andai mereka bakal mampu memintas Arsenal dan memimpin carta saingan liga dalam beberapa minggu lagi.

Man United selepas ini akan turun beraksi bertemu FC Sheriff Tiraspol dalam aksi saingan Europa League sebelum turun bertemu Crystal Palace dalam saingan Premier League.

Melihat kepada kemampuan skuad kendalian Erik ten Hag itu, mereka sepertinya tidak akan berdepan masalah untuk menjulang piala pertama mereka selepas bertahun-tahun pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN