UCL: Haaland, Pemain Remaja Yang Kini Sebaris Legenda Just Fontaine

Erling Braut Haaland meneruskan permulaan sensasi dalam karier beliau musim ini.

Borussia Dortmund mendapatkan Haaland dalam jendela perpindahan yang lalu. Dan beliau ternyata membalas kepercayaan oleh kelab Jerman itu kepadanya.

Dalam aksi Liga Juara Juara Eropah dalam pusingan pertama – peringkat 16 akhir – Erling Haaland telah menjaringkan dua gol, untuk membantu Borussia Dortmund menang ke atas pasukan serba bintang Paris St Germain / PSG.

2 gol oleh pemain berusia 19 tahun dari Norway itu membuatkan PSG kecewa kerana tewas dalam usaha mereka untuk bangkit.

Pemain remaja sensasi dari Norway itu membuka tirai jaringan untuk pasukannya pada minit ke-69.

Namun gol itu berjaya disamakan oleh bintang sensasi PSG iaitu Neymar pada minit ke-75.

Hanya dua minit daripada gol penyamaan Neymar itu, Erling Braut Haaland meletakkan pasukannya di hadapan sekali lagi. Dan sekaligus memberikan kemenangan kepada pasukannya.

Setakat ini, Erling Haaland telah mencipta rekod yang luar biasa. Beliau sudah bermain 28 perlawanan musim ini, dan sudah meledak 39 gol dalam semua pertandingan bersama RB Salzburg dan Borussia Dortmund.

Sejak menyertai Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland telah menjaringkan 11 gol dalam 7 penampilan beliau setakat ini, termasuk 1 hatrik.

Musim beliau di Liga Juara Juara Eropah terus cemerlang dengan berkongsi carta penjaring terbanyak UCL setakat ini.

Hanya ada 10 pemain yang menjaringkan 10 gol dalam musim pertama mereka di UCL di dalam sejarah pertandingan perdana bola sepak Eropah itu.

Erling Haaland meletakkan namanya sebaris dengan legenda seperti Just Fontaine di dalam catatan kariernya.

Mereka ialah:

1958/59 – Just Fontaine (10)
1978/79 – Claudio Sulser (11)
2017/18 – Sadio Mané (10) & Roberto Firmino (10)
2019/20 – Erling Haaland (10)

PSG kini akan berhadapan dengan Borussia Dortmund di Paris selepas ini.

PSG meletakkan sasaran trofi Liga Juara Juara Eropah sebagai sasaran utama mereka sejak berapa musim yang lalu. Dan musim ini, misinya tetap sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN