UCL: Atletico Ajar Liverpool

Atletico Madrid menjamu kunjungan juara bertahan Liverpool di Stadium Wanda Metropolitano dalam aksi peringkat 16 akhir – pusingan pertama – Liga Juara Juara Eropah 2019/20.

Perlawanan bermula dengan intensiti tinggi oleh pasukan tuan rumah. Correa misalnya, beliau sentiasa mengejar Trent Alexander Arnold.

Dan Liverpool bolos seawal minit ke-4 menerusi gol oleh Saul Niguez. Ianya berpunca daripada sepakan penjuru yang gagal dikeluarkan Liverpool.

Bola melantun dari kaki Fabinho, dan dengan mudah Saul Niguez menyempurnakan gol tersebut.

Atletico tidak pernah kalah dalam semua pertandingan apabila Saul Niguez menjaringkan gol.

Saul turut menjaringkan 10 gol dalam aksi UCL, dan kesemuanya adalah gol pembukaan.

Liverpool bergelut untuk mencipta peluang gol sepanjang perlawanan. Segala hantaran ke dalam kotak penalti oleh Liverpool berjaya dikeluarkan oleh Atletico.

The Reds juga kelihatan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan rentak permainan mereka.

Perlawanan ini menjadi pertarungan yang tersekat di tengah. Ini apabila kedua dua pasukan gagal untuk mencipta sebarang on target selepas minit ke-27 aksi.

Lebih teruk adalah Liverpool, di mana mereka gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat di dalam perlawanan ini.

Ianya pertama kali The Reds gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat sejak 2018, juga dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah berhadapan dengan Napoli.

Pasukan bimbingan Diego Simeone jelas sekali berada dalam prestasi terbaik dan sangat berdisplin ketika menahan asakan daripada Liverpool.

Liverpool sangat dominan dengan 73% penguasaan bola. Namun Atletico tidak terdesak mahukan penguasaan bola. Sebaliknya fokus kepada mempertahankan kelebihan 1 gol yang mereka miliki.

Atletico berjaya memenangi aksi ini dengan kemenangan 1-0. Bekalan yang akan mereka bawa ke Anfield.

Atletico berjaya menamatkan rentetan 14 perlawanan tanpa kalah oleh pasukan Liverpool dalam semua pertandingan.

Hanya 3 perlawanan sahaja pasukan Liverpool gagal mencetak sebarang gol pada musim ini.

Aksi kedua, akan berlangsung di Anfield, 3 minggu dari sekarang.

Leave a Reply