UCL: Celtic Dimalukan, Man. United Tewas, Griezmann Nyalakan Obor Atletico

Kumpulan A: Man. United tewas di tangan Basel

Jaringan lewat oleh Michael Lang membuatkan Manchester United tewas dalam perlawanan yang saling berbalas serangan di antara kedua-dua pasukan.

Walaupun hanya dengan 31% penguasaan bola, FC Basel berjaya melakukan 13 percubaan ke arah gol dan 6 daripadanya adalah tepat. Manakala Manchester United pula dengan 14 percubaan ke arah gol dan hanya 4 yang tepat.

Zlatan Ibrahimovic muncul kali pertama dalam UCL bersama-sama Manchester United.

Kemenangan Basel ini membolehkan mereka dalam kedudukan lebih baik untuk mara berbanding dengan CSKA Moscow yang turut menang ke atas Benfica.

Benfica masih belum mengutip sebarang mata dalam persaingan kali ini dan sudah pastinya sudah gagal untuk ke slot Europa. Sesuatu yang mengejutkan kerana mereka dijangka menjadi calon pengiring kepada United untuk mara.

Kumpulan B: Celtic dimalukan

Dalam kumpulan B, PSG dan Bayern meneruskan dominasi dalam kumpulan ini. Celtic dibelasah 7-1 oleh Paris St. Germain. Celtic mendahului seawal minit pertama menerusi Moussa Dembele.

Namun mereka dibedil teruk. Neymar dan Cavani melakukan ‘double’. Mbappe, Verratti dan Dani Alves juga dalam senarai penjaring.

Bayern Munich terus cemerlang di bawah kendalian Jupp Heynckess. Mereka kali ini menang 2-1 ke atas Anderlecht.

Kumpulan C: Chelsea sahkan kemaraan, Atletico hidupkan semula harapan

Atletico Madrid menang 2-0 ke AS Roma untuk menghidupkan semula harapan mereka untuk mara ke pusingan kalah mati. Aksi cemerlang Griezmann di separuh masa kedua menjadi faktor penting kemenangan mereka.

Griezmann melakukan 1 gol dan 1 ‘assist’ kepada Gameiro pada separuh masa kedua.

Dalam 1 lagi perlawanan, Chelsea menang 4-0 ke atas Qarabag. Willian melakukan 2 gol dalam perlawanan ini. 2 lagi gol Chelsea adalah menerusi Hazard dan Fabregas. Chelsea mara ke pusingan kalah mati.

Qarabag tersingkir daripada persaingan ke pusingan kalah mati Liga Europa.

Kumpulan D: Juventus tentukan nasib di perlawanan terakhir

Juventus dan Barcelona sekadar seri tanpa jaringan dalam perlawanan awal pagi tadi. Barcelona hanya melakukan 1 percubaan tepat di dalam perlawanan ini walaupun menguasai 64% perlawanan.

Dalam satu lagi perlawanan Sporting Lisbon menang 3-1 untuk terus mengekori rapat pasukan Juventus bagi persaingan ke pusingan kalah mati. Namun perlawanan terakhir Sporting adalah menentang Barcelona di Camp Nou.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN