UCL 2017/18: Bale Wira Real Madrid Tewaskan Liverpool Untuk Kejuaraan Ke-13

Bagaimana harus kami mulakan laporan ini? Ianya tidak dramatik seperti yang kita harapkan. Namun perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) pada musim ini tetap menarik untuk disaksikan.

Real Madrid menewaskan Liverpool 3-1 untuk dinobatkan sebagai juara Eropah. Gelaran ketiga selama tiga musim berturut-turut oleh kelab Sepanyol itu.

Namun demikian, ianya tidak akan berakhir tanpa dua gol oleh bintang Wales, Gareth Bale- salah satu adalah sepakan akrobatik dari dalam kotak penalti, dan turut dibantu oleh peranan oleh Loris Karius yang semestinya dianggap komikal oleh penjaga gol Liverpool itu.

Bale yang tidak berada di dalam kesebelasan utama walaupun beraksi cemerlang untuk Madrid menjaringkan dua gol.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Separuh masa pertama

Liverpool memulakan perlawanan dengan agresif, namun gagal mencipta peluang terbaik untuk menjaringkan gol. Ianya seperti malam serba tidak menjadi buat kelab England itu apabila pemain bintang, Mohamed Salah terpaksa dikeluarkan pada minit ke-29 perlawanan.

Pemain antarabangsa Mesir itu yang telah menghasilkan 44 gol dalam semua pertandingan pada musim ini untuk Liverpool mengalami kecederaan di bahu kiri setelah perebutan bola bersama kapten Madrid, Sergio Ramos.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Walaupun cuba unruk meneruskan perlawanan pada mulanya, Salah terpaksa akur dengan meninggalkan padang akibat kecederaan tersebut sebelum digantikan dengan Adam Lallana.

Tidak lama selepas itu, giliran Real Madrid pula kehilangan pemain apabila Dani Carvajal terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan harmstring.

(Photo by Sergii Kharchenko/NurPhoto via Getty Images)

Kecederaan tersebut berlaku setelah Carvajal cuba melakukan hantaran ke belakang mencari Ronaldo.

Real Madrid turut menyangkakan mereka sudah mendahului perlawanan beberapa minit sebelum babak pertama perlawanan berakhir setelah Karim Benzema menampan masuk bola ke gawang lawan dari jarak dekat.

(Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

Bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan kerana Cristiano Ronaldo terlebih dahulu berada di dalam kedudukan offside.

Benzema kemudiannya menunjukkan kepentingan dirinya kepada pasukan apabila bijak membebaskan Nacho sebelum pemain gantian untuk Carvajal itu melepaskan rembatan deras yang sekadar mengegarkan bahagian sisi jaring.

Separuh masa kedua

Tiga minit babak kedua bermula, palang gol Liverpool digegarkan oleh percubaan Isco. Ia adalahs peluang yang seharusnya disempurnakan oleh Isco, namun nasib masih bersama Karius.

Kemudian nasib itu seolah-olah berpaling tadah kepada penjaga gol berusia 24 tahun, dan berasal dari Jerman itu.

(Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

Setelah mengutip bola yang dilorongkan oleh Toni Kroos dengan mudah, Karius cuba melontarkan bola mencari rakan sepasukan.

Namun demikian, Benzema berjaya menghalang lontaran tersebut sebelum memastikan bola bergolek ke gawang Liverpool untuk Real Madrid mendahului 1-0.

Liverpool jelas ingin beralah, dan tidak menunggu lama untuk mencari gol penyamaan. Tandukan pemain pertahanan, Dejan Lovren selepas menerima hantaran dari sepakan sudut pantas disambar Sadio Mane di hadapan Keylor Navas untuk mengikat kedudukan 1-1.

(Photo by Peter Byrne/PA Images via Getty Images)

Sebelum sepak mula perlawanan, ulasan kesebelasan utama skuad Zinedine Zidane ialah mengenai Gareth Bale yang berada di bangku pemain simpanan.

Bale akuhirnya dimasukkan untuk menggantikan Isco pada minit ke-60 perlawanan. Dan beliau hanya memerlukan 4 minit untuk membuatkan jutaan penyokong Real Madrid yang menyaksikan perlawanan akhir ini berdiri kekaguman dengan gol akrobatik yang meletakkan Real Madrid kembali di hadapan dengan jaringan 2-1.

(Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

Selepas itu Mane sekali lagi menjadi ancaman buat Madrid, namun rembata dari luar kotak penalti oleh pemain dari Senegal itu sekadar leret menyinggahi tiang gol walaupun sudah berada di luar jangkauan Navas.

Rembatan jarak jauh dari Bale pada minit ke-83 perlawanan, disulami oleh kesilapan Karius yang seolah-olah melepaskan bola ke gawang sendiri akibat gagal menampan kemas percubaan tersebut pantas memadam cabaran Liverpool.

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat, dan Real Madrid dijulang sekali lagi sebagai juara Eropah buat musim ketiga berturut-turut dengan kejayaan menewaskan Liverpool 3-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN