Fulham Kecewakan John Terry & Aston Villa Untuk Melangkah Ke EPL

Fulham mengesahkan mereka akan bersaing di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim hadapan- pertama kali sejak 2014, setelah menewaskan Aston Villa di perlawanan akhir Championship play-off di Wembley.

Tom Cairney menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan, juga jaringan kemenangan buat Fulham, sekaligus mengesahkan skuad bimbingan Slavisa Jokanavic yang menamatkan saingan di  di tangga ketiga Championship turut menyertai Cardiff City dan Wolves ke EPL.

26th May 2018, Wembley Stadium, London, England; EFL Championship football, playoff final, Aston Villa versus Fulham; Tom Cairney of Fulham scores past keeper Johnstone making it 1-0 in minute 23 (photo by Shaun Brooks/Action Plus via Getty Images)

Villa yang secara merit berada di kedudukan ke-4 liga di Championship, kelihatan seperti gagal menemui rentak pada babak pertama perlawanan, sebelum kembali bersaing pada babak kedua.

Denis Odoi yang menjaringkan gol untuk Fulham di saingan separuh akhir menentang Derby dilayangkan kad merah pada pertengahan babak kedua setelah menerima layangan kad kuning kedua dalam perlawanan tersebut.

Walaupun menentang Fulham yang beraksi dengan 10 pemain, Villa gagal mengambil kesempatan melalui kelebihan yang mereka miliki.

LONDON, ENGLAND – MAY 26: Denis Odoi of Fulham is shown a red card by referee during the Sky Bet Championship Play Off Final between Aston Villa and Fulham at Wembley Stadium on May 26, 2018 in London, England. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Jika rekod lampau diambil kira, perlawanan akhir ini semestinya sudah dijangkakan kesengitannya.

Di dalam 14 perlawanan akhir play-off sebelum ini, 9 daripadanya berakhir dengan jaringan 1-0.

Di dalam perlawanan akhir ini, kedua-dua pasukan mengamalkan corak serangan terbuka, dan tidak sekadar bertahan untuk memburu kemenangan.

Ianya membuatkan perlawanan ini menjadi menarik untuk disaksikan.

LONDON, ENGLAND – MAY 26: Fulham Manager Slavisa Jokanovic celebrates with the trophy during the Sky Bet Championship Play Off Final between Aston Villa and Fulham at Wembley Stadium on May 26, 2018 in London, England. (Photo by Marc Atkins/Offside/Getty Images)

Fulham selayaknya untuk memenangi perlawanan ini setelah beraksi cemerlang pada babak pertama perlawanan. Malah Fulham sepatutnya menambah kelebihan gol yang dijaringkan oleh Cairney.

Namun setelah kehilangan pemain pertahanan akibat layangan kad merah, Fulham berdisiplin dalam bertahan, tatkala tenaga pemain sudah semakin pudar di akhir perlawanan.

Jika disiplin tersebut dipamerkan pada musim hadapan, Fulham boleh berasa optimis ketika berhadapan dengan pasukan-pasukan besar di EPL pada musim hadapan.

(Photo by Clive Mason/Getty Images)

Selain daripada penjaring gol Tom Cairney, Fulham turut berkemampuan untuk bergantung harap kepada kelompok pemain muda meningkat naik seperti Ryan Sessegnon dan juga Aleksandar Mitrović dari Serbia.

Manakala masa hadapan Villa kelihatan tidak ketentuan dan perlu diperkemas.

Kapten pasukan John Terry, pastinya kecewa dengan kekalahan ini dan mungkin bidaan dari kelab MLS kelihatan lebih relevan buat beliau.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN