UCL 2020/21: Real Madrid Tumbang 2-3 Meskipun Dibantu COVID-19

Shahkhtar Donetsk melakar kemenangan mengejut 3-2 selepas mengejutkan tuan rumah Real Madrid dalam perlawanan pembukaan kumpulan B UEFA Champions League.

Kemenangan ini tambah manis buat juara liga Ukraine itu selepas 10 pemain mereka terpaksa disisihkan sebelum perlawanan kerana masalah kecederaan dan COVID-19.

Shahktar mendahului 3-0 pada separuh masa pertama melalui percubaan pemain tengah Brazil Tete pada minit ke-29, gol sendiri Raphael Varane dan penyudah penyerang Israel Manor Solomon.

Luka Modric kemudiannya merapatkan kedudukan melalui percubaan cantik dari jarak jauh pada awal separuh masa kedia.

Pemain gantian, Vinicius Jr. merapatkan lagi defisit kepada satu gol pada minit ke-59.

Pada masa tambahan, Real Madrid menyangka telah menyamakan kedudukan 3-3 melalui gol Federico Valverde yang terbias. Tetapi pengadil membatalkan gol tersebut selepas Vinicius memperolehi kelebihan daripada kedudukan ofsaid (menghalang penglihatan penjaga gol Anatoly Trubin).

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut di halaman sendiri buat anak buah Zinedine Zidane dalam masa seminggu. Pada hujung minggu lepas, Real tewas 0-1 kepada pendatang baru LaLiga, Cadiz.

“Persembahan separuh masa pertama kami sangatlah tak layak ditunjukkan dalam Champions League,” kata Modric. “Memang jelas sangat banyak yang kami kena perbaiki. Tahap keyakinan kami rendah, lagi-lagi pada separuh masa pertama. Tapi kami kena lupakan perlawanan ini. Sesal kemudian tiada gunanya.”

Sebelum kekalahan ini, Zidane memberitahu media beliau tidak menganggap Shakhtar Donetsk lawan yang remeh berbanding Barcelona yang bakal menanti mereka dalam aksi El Clasico pada 24 Oktober ini.

Tetapi pengurus Real itu tetap merehatkan beberapa nama besarnya awal pagi tadi seperti kapten Sergio Ramos, Toni Kroos dan penyerang Karim Benzema.

COVID-19 bukan penghalang

Bagi pengurus Shakhtar Luis Castro, drama kes positif COVID-19 yang melanda staf dan skuadnya ibarat ‘mimpi ngeri’, lebih-lebih lagi sebelum menentang juara Champions League 13 kali. Tetapi ‘mimpi’ beliau dikejutkan oleh persembahan berkualiti daripada pasukannya.

“Kami bermain sehati sejiwa sejak minit pertama. Ketika skor 3-2, kami kena bertahan lagi. Saya sampaikan tertanya-tanya ‘Oh, bilalah masa nak habis’. Ini keputusan yang sangat bagus untuk kami.

Larian mengelirukan Viktor Korniienko menjadi punca gol pertama dapat dijaringkan oleh rakan sepasukannya Tete pada minit ke-29.

Semasa gol kedua, Thibaut Cortois berjaya menampan percubaan Shakhtar, tetapi Varane tertolak bola masuk ke gawang golnya sendiri. Ini mengingatkan peminat Real Madrid kepada aksi buruknya yang menghadiahkan dua gol kepada Manchester City dalam aksi pusingan ke-16 Champions League pada musim lepas.

Terdesak menyelamatkan pasukannya, Zidane mengeluarkan Luka Jovic dan Rodrygo yang tidak efektif dan memasukkan Benzema dan Vinicius selepas rehat. Pertukaran ini nampak ada kesannya apabila Real berjaya merapatkan kedudukan.

Tetapi ia nyata belum cukup untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata daripada pelawat. Malah Shakhtar sebenarnya berpeluang menambah sekurang-kurangnya dua gol pada separuh masa kedua jika tidak disia-siakan.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Kali Pertama Dalam 40 Tahun, Real Madrid Tidak Beli Pemain Baharu Di Musim Panas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN