Dua perlawanan suku akhir Champions League berlangsung pada awal pagi tadi membabitkan pasukan Premier League. Selepas Chelsea mara ke separuh akhir pada hari sebelumnya, peminat bola sepak Inggeris turut berharap dua lagi pasukan yang berada di saingan suku akhir melakukan perkara yang serupa.
Manchester City yang bertandang ke Dortmund berjaya menepati ramalan awal apabila berjaya meloloskan diri ke separuh akhir selepas bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1 (Agregat 4-2).
Tiada lagi kisah magis di Anfield pada musim ini. Sekiranya pada musim lalu kisah pari-pari dan keajaiban di Anfield dinafikan Atletico Madrid seawal pusingan kedua, kini giliran Real Madrid meneruskan derita Liverpool.
Berikut adalah beberapa fakta menarik dari kedua-dua pertemuan:
Borussia Dortmund 1-2 Manchester City (Agregat 2-4)
Jude Bellingham bintang Inggeris baharu
Tiga kelab Inggeris yang mara ke suku akhir Champions League pada musim ini. Namun antara pemain Inggeris yang mencuri tumpuan adalah pemain berusia 17 tahun, June Bellingham yang beraksi bersama Borussia Dortmund.
Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, produk akademi Birmingham City ini sekali lagi cemerlang meletakkan Dortmund di hadapan dengan gerakan menarik menewaskan Ederson.
The highs and lows of football. So proud to be part of this club, with these teammates.🖤💛#JB22 pic.twitter.com/T4QVTiFoco
— Jude Bellingham (@BellinghamJude) April 14, 2021
Tiada keraguan lagi Bellingham akan menjadi salah seorang bakat terbesar di Eropah yang akan menjadi ikutan kelab-kelab elit eropah satu hari nanti. Langkah Bellingham mengikut jejak langkah Jadon Sancho ke Bundesliga bagaimanapun cukup untuk menjelaskan kelab Premier League bukan platform terbaik untuk memberikan pendedahan kepada pemain muda.
Man City tak kalut
Kem Manchester mungkin risau selepas gol pendahuluan oleh Bellingham. Mereka jelas tahu apa yang perlu dilakukan selepas gol pembukaan pemain muda itu. Kevin de Bruyne berjaya merampas bola dari pemain lawan namun percubaan beliau selepas itu mengegarkan palang. Bernardo Silva pula seperti lambat untuk menyambar rebound yang tiba selepas itu.
Manchester City pick up their first win of the Pep Guardiola era against Dortmund https://t.co/RlidrmINNB pic.twitter.com/j1tS1eLqkh
— Mail Sport (@MailSport) July 28, 2016
City tetap memberikan tekanan untuk memburu gol walaupun selepas mendapatkan penalti untuk menang dalam pusingan ini. Percubaan De Bruyne berjaya dinafikan Marwin Hitz. Ia mungkin sekadar amaran dari City kerana selepas itu Phil Foden memastikan kemenanga mutlak milik mereka.
Phil Foden
Dari permulaan perlawanan, sejak mereka ketinggalan dan sepakan penalti yang diperolehi oleh City, hanya gol jaringan Foden yang menjadikan kedudukan 4-2 secara agregat yang mampu menjelaskan banyak perkara. Sejak beberapa musim yang lalu Guardiola dilihat bersabar membentuk Foden menjadi ‘David Silva’ baharu di jentera serangan Man Ciy.
2 – Phil Foden is only the second player aged younger than 21 to score in both legs of a UEFA Champions League quarter-final tie, after Kylian Mbappe in 2016/17 for Monaco against Borussia Dortmund (18). Phenom. pic.twitter.com/PLCL5yxUH2
— OptaJoe (@OptaJoe) April 14, 2021
Falsafah bola sepak oleh Guardiola juga amat nyata dalam perlawanan ini walaupun saat mereka ketinggalan. Foden dilihat tenang sepanjang perlawanan walaupun berada di dalam tekanan dengan kemungkinan kebangkitan dari Dortmund. Tiada keraguan lagi Phil Foden adalah permata baharu Man City yang berjaya diolah oleh Pep Guardiola dengan falsafahnya.
Liverpool 0-0 Real Madrid (Agregat 1-3)
Corak menyerang
Tiada keraguan Liverpool akan turun dengan corak permainan menyerang dalam perlawanan ini. Ia adalah falsafah bola sepak mereka, dan amat bersesuaian untuk mengejar agregat selepas tewas 1-3 di perlawanan pertama pada minggu lalu.
Namun demikian ini tidak bermakna Zinedine Zidane memilih untuk bertahan daam perlawanan ini. Menyedari Liverpool memiliki kelebihan satu gol di tempat lawan, Zidane turut mengarahkan anak buahnya menyerang dari awal perlawanan untuk menafikan seala kelebihan yang mungkin boleh memihak kepada kelab dari Merseyside itu pada penghujung perlawanan.
PLAYER RATINGS: Liverpool were left to rue their failure to take big chances as they exit the Champions League to Real Madrid / @mcgrathmike https://t.co/XZL7dMYtyC #LIVRMA #UCL
— Telegraph Sport (@TelegraphSport) April 14, 2021
Thibaut Cortois diuji oleh Mohamed Salah dan kemudiannya James Milner pada pawal perlawanan. Alisson turut tidak berdiam apabila diuji oleh percubaan Karim Benzema. Jika ada kekesalan di dalam perlawanan ini ia mungkin dari Liverpool yang menyaksikan Georginio Wijnaldum merembat liar walaupun tidak dikawal, dan percubaan Salah yang liar. Liverpool sepatutnya menggunakan situasi tersebut dengan lebih baik.
Zidane tersentak dari lamunan
Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Zidane berkemungkinan mahu bermain cara selamat dengan bertahan. Namun sebaliknya ia membuka ruang untuk lawan mengasak. Courtois terpaksa memberikan sepakan sudut selepas menyelamatkan percubaan Roberto Firmino pada minit ke-46.
Zidane when he realised he didn't even need Ramos or Varane to keep Liverpool at bay pic.twitter.com/w8X0lf1NXb
— ODDSbible (@ODDSbible) April 14, 2021
Seperti tersentak dengan kesilapan percaturan, Zidane mengarahkan anak buahnya kembali bermain seperti biasa dan minit ke-51 perlawanan Real Madrid kembali memberi ancaman. Vinicius Jr dan Benzema misalnya dinafikan oleh tindakan agresif dan terdesak Alisson untuk dibocori.
Los Blancos langsai tugasan
Los Blancos bukan Barcelona. Tiada lagi ulangan kisah sebuah kelab dari La Liga dijadikan korban kebangkitan di Anfield. Setiap usaha oleh Mohamed Salah, Diogo Jota dan lain-lain berjaya dihadang. Malah perlawanan ini merekodkan hadangan yang tinggi dari pemain-pemain Real Madrid.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Premier League di sini:
Kenali Pemain Yang Menjulang Trofi EPL Bersama Dua Kelab Berbeza
7 Ramalan Yang Akan Berlaku Dalam Premier League Musim 2020/21
Kajian Dapati Liverpool Pasukan Termalang Premier League, Man United Paling Bertuah