UCL 2019/20: Kemenangan Real Madrid Kurangkan Tekanan ke Atas Zidane

Real Madrid mengutip kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini dengan menundukkan kelab Turki Galatasaray 1-0 di  Stadium Turk Telekom awal pagi tadi.

Kelab Sepanyol itu dilanda kekalahan mengejut kepada Real Mallorca pada hujung minggu lepas. Mereka juga gagal mencatat kemenangan dalam dua perlawanan awal UCL dan meletakkan Zidane dalam tekanan dan berisiko dipecat sekiranya mereka tewas di Istanbul.

Namun gol Toni Kroos pada awal permainan sudah cukup untuk memastikan Real Madrid bawa pulang tiga mata penuh.

Pembelian termahal mereka musim ini, Eden Hazard turut memiliki peluang untuk menambah jaringan buat juara Eropah 13 kali itu, tetapi rembatannya dalam kotak penalti sekadar singgah di palang gol sekalipun pintu gol telah terbuka luas.

Juara Turki itu juga memiliki beberapa peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan. Antaranya menerusi Florian Andone – pemain yang dipinjamkan dari Brighton & Hove Albion – dan Steven Nzonzi. Namun kecekapan Thibaut Courtois menyelamatkan keadaan.

Kemenangan Real itu meletakkan mereka di kedudukan kedua dalam kumpulan A, lima mata di belakang pendahulu Paris Saint-Germain (PSG) yang mencatat kemenangan besar ke atas Club Brugge.

Real kini di kedudukan kedua liga, satu mata di bawah Barcelona. Semua pemain baru yang menyertai kelab tersebut masih belum mempamerkan aksi memberangsangkan untuk meletakkan Zidane di kedudukan yang selamat.

Sekalipun telah membelanjakan kira-kira £300 juta untuk ‘membina’ semua The Galacticos, beliau hanya meletakkan Hazard dan Rodrygo dalam kesebelasan utama.

Luka Jovic cuma diberi peluang beraksi selama lapan minit di penghujung perlawanan dan masih tidak menjaringkan sebarang gol untuk Real Madrid sejak menyertai kelab itu. Pertahanan Eder Militao pula sekali lagi ‘diperap’ di bangku simpanan.

Sementara itu, Galatasaray masih terkapai-kapai mencari kemenangan di pentas tertinggi kejuaraan Eropah. Setakat ini mereka cuma meraih dua kemenangan sahaja dalam 23 perlawanan di kejohanan tersebut.

Dalam saingan Liga Turki pula mereka juga bergelut dengan prestasi tidak konsisten dan ini berada di tangga keenam, empat mata dibezakan dengan pendahulu, Alanyaspor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN