Pelaksanaan ECP: Presiden MFL Nasihat Semua Pasukan Bersedia

ECP

Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin mengingatkan pasukan-pasukan Liga Malaysia agar mengkaji struktur kewangan mereka sendiri terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk menandatangani kontrak pemain baharu selaras pelaksanaan Economic Control Programme (ECP).

Bermula musim depan, MFL akan memperkenalkan ECP yang dilihat bakal menjadi formula terbaik buat pasukan Liga Malaysia dalam usaha menangani masalah bebanan hutang khususnya tunggakan pembayaran gaji pemain, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

ECP yang sebelum ini telah dipratikkan di LaLiga Sepanyol mampu mendidik pasukan-pasukan Liga Malaysia berbelanja lebih berhemah di mana ia bakal diperkenalkan secara berperingkat sebelum pelaksanaan menyeluruh dan lebih ketat pada musim 2021.

Justeru Datuk Haji Hamidin menasihatkan agar setiap pasukan bersedia dengan pelaksanaan ECP di mana semua pasukan akan diberikan penerangan oleh wakil perunding ECP, PricewaterhouseCoopers Risk Services Sdn. Bhd, LaLiga dan MFL pada satu seminar ECP yang akan diadakan pada November nanti.

“Saya berharap agar semua pasukan bersedia dengan pelaksanaan ECP kerana saya percaya ini adalah antara langkah terbaik dalam menjaga kepentingan semua pasukan dan Liga Malaysia.

“Kita serius dalam membantu pasukan menguruskan kewangan dengan lebih baik supaya masalah hutang yang sebelum ini membelenggu kebanyakan pasukan dapat diatasi bersama.

“Jadi saya mengingatkan kepada semua pasukan supaya meneliti terlebih dahulu struktur kewangan pasukan sebelum menandatangani kontrak dengan mana-mana pemain dalam perancangan membentuk pasukan bagi musim depan.

“Ini kerana kontrak-kontrak yang ditandatangani hari ini bakal membawa kesan kepada pasukan dalam mematuhi ECP pada tahun-tahun akan datang. Jadi saya menasihatkan semua pasukan untuk berhubung dengan MFL jika ada sebarang pertanyaan mengenai ECP selain taklimat yang akan diberikan nanti.

“MFL akan bertegas dalam perlaksanaan ini yang sudah dirancang sejak sekian lama untuk dijadikan asas kepada kestabilan masa depan bola sepak Malaysia seiring dengan perlaksanaan program Next50 MFL,” katanya.

Walaupun menggunakan konsep ECP oleh LaLiga, MFL bagaimanapun turut mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada rakan kongsi MFL bagi memastikan ia sesuai dipraktikkan dalam Liga Malaysia.

Sebahagian daripada pasukan iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Petaling Jaya City FC (PJ City FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah bertemu dengan MFL bagi memberikan pandangan dan maklumbalas berkenaan dengan ECP.

Untuk rekod ECP ini telah digunapakai oleh LaLiga dan di awal pelaksanaannya pada 2012, LaLiga sendiri berdepan masalah hutang keseluruhan melebihi €600 juta (RM2.8 billion) termasuk €90 juta (RM422.87 juta) bagi tunggakan gaji pemain.

Dengan pelaksanaan ECP itu, LaLiga telah berjaya menghapuskan bebanan hutang pasukan-pasukan bertanding sebanyak €90 juta (RM422.87 juta) pada 2012 menjadi sifar pada 2017 sekali gus berjaya menyelesaikan masalah kemelut gaji di antara pasukan dan pemain dalam tempoh lima tahun.

Jika sebelum itu beberapa pasukan daripada 42 kelab LaLiga berdepan status bankrap tetapi dengan implikasi peraturan kawalan ekonomi menyaksikan mereka berjaya menyelesaikan hutang dan berbelanja mengikut kewangan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN