UCL 2019/20 (Higilight & Laporan): Drama Penalti Oleh Barkley Rugikan Chelsea

Ross Barkley gagal memanfaatkan sepakan penalti di babak akhir perlawanan, sekaligus menyebabkan Chelsea tewas 1-0 kepada kelab bermasalah, Valencia di pelawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Chelsea memiliki peluang untuk menyamakan kedudukan selepas Rodrigo terlebih dahulu meletakkan Valencia di hadapan pada minit ke-74 perlawanan.

Sepakan penalti yang diberikan kepada Chelsea adalah selepas semakan video bantuan pengadil (VAR), setelah bola terkena tangan Daniel Wass – tiga minit sebelum masa sebenar tamat.

Barkley berkeras mengambil sepakan tersebut, apabila bertindak merampas bola dari Jorginho yang sepatutnya mengambil tugas untuk sepakan penalti bagi Chelsea.

Malangnya keyakinan Barkley tidak menjadi selepas itu apabila sepakan beliau melambung tinggi.

Kontroversi sepakan penalti tersebut sekaligus memberikan kekalahan kepada Frank Lampard yang tampil buat kali pertama selaku pengurus dalam pertandingan ini.

Chelsea mengawal permainan sejak dari mula, mulai mengancam melalui Tammy Abraham namun kuisan beliau dihadang oleh penjaga gol, Jasper Cillessen.

Ia bukan debut UCL yang dikehendaki oleh seorang lagi pemain muda The Blues, Mason Mount apabila pemain tersebut terpaksa dikeluarkan pada minit ke-16 akibat kecederaan.

Willian adalah ancaman utama dari Chelsea pada babak pertama permainan, dan hampir sahaja memberikan pendahuluan. Marcos Alonso juga memastikan Valencia terus ditekan pada babak kedua melalui sepakan percuma yang ditepis keluar Cillessen.

Namun ketika perlawanan berbaki 16 minit, Valencia berjaya mendapatkan jaringan melalui percubaan tepat pertama mereka dalam perlawanan tersebut – setelah larian Rodrigo berjaya memerangkap pertahanan Chelsea.

Selepas itu bermulalah episod drama oleh Barkley yang berkeras mahu mengambil sepakan penalti. Ia akhirnya menyebabkan Chelsea berputih mata untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata dari perlawanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN