Penyerang semakin meningkat naik, Erling Haaland terus menikmati prestasi cemerlang bersama Borussia Dortmund selepas dua jaringannya berjaya mengecewakan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20, awal pagi tadi.
Separuh masa pertama
Perlawanan yang berlangsung di Signal Iduna Park itu juga menyaksikan kemunculan semula bintang PSG, Neymar selepas beliau terlepas empat aksi sebelum ini berikutan kecederan tulang rusuk dialami ketika bertemu Montpellier dalam saingan Ligue 1 pada awal Februari.
Pemain kelahiran Brazil itu terlebih dahulu menguji gawang tuan rumah yang dikawal Roman Burki apabila mendapat peluang menerusi situasi sepakan percuma, namun percubaannya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Borussia Dortmund.
? ? EUROPAPOKAL, EUROPAPOKAL, EUROPAPOKAL, EU-RO-PA-POKAL ?? #BVBPSG pic.twitter.com/nbbAnjS4m5
— Borussia Dortmund (@BVB) February 18, 2020
Selepas itu, skuad bimbingan Lucien Favre yang mendapat sokongan padu penyokong setia mereka lebih banyak melancarkan serangan ke kubu PSG. Sekiranya Neymar dilihat sebagai ancaman terbesar buat Borussia Dortmund, Jadon Sancho pula memainkan peranan yang cukup penting dalam mengkucar-kacirkan barisan pertahanan PSG.
Kelincahan Sancho jelas terbukti apabila beliau seringkali terlibat dalam serangan yang dilancarkan Borussia Dortmund terutamanya menerusi serangan balas pantas. Pemain berusia 19 tahun itu bagaimanapun kecewa pada minit ke-14 setelah percubaan leretnya hasil larian deras ke kawasan pelawat gagal menemui sasaran.
Plus de 3000 supporters parisiens ce soir #BVBPSG
Encore un soutien incroyable de votre part ??? #ICICESTPARIS pic.twitter.com/s3nI5W6zMt
— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) February 18, 2020
Tidak cukup dengan itu, Sancho datang lagi dengan percubaan ‘placing’ cantik susulan hantaran dilakukan Emre Can tetapi percubaannya itu dinafikan penjaga gol PSG, Keylor Navas pada minit ke-27. Rembatan padu Erling Haaland dalam kawasan penalti di minit ke-35 hasil umpanan Sancho pula sekadar singgah di tepi jaring.
Seminit kemudian, Borussia Dortmund terlepas satu lagi peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan selepas hantaran lintang Sancho kepada Haaland, gagal ditanduk penyerang kelahiran Leeds itu. Keputusan tanpa jaringan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama dengan Axel Witsel menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad kuning pada perlawanan ini.
Separuh masa kedua
Selepas 20 minit yang sedikit hambar setelah aksi babak kedua bersambung, suhu permainan berubah dengan serta-merta bermula dengan dua peluang terbaik dalam tempoh seminit dimiliki Kylian Mbappe dalam kawasan penalti. Dua percubaan jarak dekat itu bagaimanapun berjaya dinafikan dengan baik oleh Burki bagi menyelamatkan keadaan pada minit ke-65 dan 66.
Keep calm and trust EBH17. ? #BVBPSG pic.twitter.com/id0U4w4lVm
— Borussia Dortmund (@BVB) February 18, 2020
Penyokong tuan rumah akhirnya melonjak kegembiraan berselang tiga minit kemudian apabila hantaran lintang Achraf Hakimi dari sebelah kiri pintu gol PSG, singgah di kaki Raphael Guerreiro yang kemudiannya membuka ruang kepada Erling Haaland untuk menyudahkan peluang terhidang bagi membuka tirai jaringan.
Permainan semakin menarik apabila PSG yang dibimbing bekas pengendali Borussia Dortmund, Thomas Tuchel kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-75 hasil jaringan Neymar. Gol penyamaan tersebut berpunca daripada kelincahan Mbappe di mana beliau berjaya melepasi kawalan dua pertahanan Dortmund dan sekaligus melakukan hantaran lintang kepada Neymar yang mudah menolak masuk bola menewaskan Burki.
Dortmund 2-1 PSG FT:
Shots: 12-10
Shots on target: 3-3
Pass accuracy: 87%-89%
Possession: 47%-53% https://t.co/NbxWS2Sd14— Squawka Football (@Squawka) February 18, 2020
Kegembiraan PSG dan kira-kira 3000 penyokong setia mereka yang bertandang ke Signal Iduna Park hanya mampu bertahan selama dua minit setelah Haaland meledakkan rembatan padu dari luar kawasan penalti untuk kembali meletakkan Borussia Dortmund di hadapan.
Neymar hampir sekali lagi memadamkan kelebihan tersebut di minit ke-81 tetapi percubaannya hasil salah faham pertahanan Dortmund hanya singgah di palang gol. Keputusan 2-1 itu kekal hingga tamat permainan untuk memberikan kelebihan tipis buat wakil Jerman itu menjelang aksi kedua di Parc des Princes pada 12 Mac nanti.
All three of Dortmund’s forwards currently on the pitch were born in England:
??????? Erling Håland (Leeds)
??????? Jadon Sancho (London)
??????? Gio Reyna (Sunderland) pic.twitter.com/Yt02E8jnJb— Squawka News (@SquawkaNews) February 18, 2020
Barisan pemain
Borussia Dortmund – Roman Burki, Lukasz Piszczek, Mats Hummels, Dan Zagadou, Achraf Hakimi, Raphael Guerreiro, Emre Can, Axel Witsel, Jadon Sancho (Marcel Schmelzer 90′), Thorgan Hazard (Giovanni Reyna 67′) & Erling Haaland
Paris Saint-Germain – Keylor Navas, Thomas Meunier, Presnel Kimpembe, Thiago Silva, Layvin Kurzawa, Marquinhos, Marco Verratti, Idrissa Gueye, Angel Di Maria (Pablo Sarabia 77′), Neymar & Kylian Mbappe
Pengadil perlawanan – Antonio Mateu Lahoz (Sepanyol)
Pembantu pengadil – 1) Pau Cebrian 2) Roberto Diaz
Kredit foto: Alex Gottschalk/DeFodi Images via Getty Images