UCL 2018/19: Jaringan Penyamaan Nabil Fekir Bawa Lyon Iringi Manchester City Ke Peringkat 16 Terbaik

Lyon

Jaringan penyamaan Nabil Fekir bertemu Shakhtar Donetsk sudah cukup untuk membawa Olympique Lyonnais (Lyon) mengiringi Manchester City sebagai wakil kumpulan F ke peringkat 16 terbaik.

Kelab Perancis itu menamatkan saingan kumpulan dengan mencatatkan satu kemenangan dan lima keputusan seri bagi mengumpul lapan mata.

Keputusan yang jelas mengecewakan Shakhtar apabila mereka gagal mencari kemenangan di laman sendiri untuk membawa skuad bimbingan Paulo Fonseca itu ke peringkat seterusnya.

Lyon hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi Bertrand Traore selepas mendapat lorongan cantik daripada Memphis Depay.

Traore yang hanya berhadapan Andriy Pyatov gagal untuk menewaskan penjaga gol berusia 34 tahun kelahiran Kropyvnytskyi, Ukraine itu.

Junior Moraes menghadiahkan jaringan pendahuluan buat tuan rumah pada minit ke-22 selepas beliau mendapat hantaran daripada Ismaily, melakukan percubaan leret yang menewaskan Anthony Lopes di gawangnya.

Tersentak dengan jaringan tersebut, para pemain Lyon menggandakan asakan untuk mencipta jaringan yang diharapkan.

Nabil Fekir muncul wira buat Lyon di minit ke-65 setelah beliau sempat melepaskan rembatan walaupun dicabar dua pertahanan Shakhtar bagi menyamakan kedudukan.

Keputusan 1-1 kekal hingga tamat permainan untuk menggembirakan kem Lyon yang layak ke peringkat kalah mati dan sekaligus ‘menghantar’ tuan rumah ke saingan Liga Europa.

Leroy Sane of Manchester City celebrates scoring his sides first goal with Gabriel Jesus during the UEFA Champions League Group F match between Manchester City and TSG 1899 Hoffenheim at Etihad Stadium on December 12, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Sementara itu, aksi di Stadium Etihad memihak Manchester City yang bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 dalam perlawanan pelengkap jadual bertemu Hoffenheim.

Wakil dari Jerman itu dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-15 selepas pertahanan tengah, Aymeric Laporte menjatuhkan Benjamin Huebner dalam kawasan penalti.

Andrej Kamaric yang mengambil sepakan tidak melepaskan peluang membuka tirai jaringan.

Ketika perlawanan babak pertama menghampiri penghujung, Leroy Sane meledakkan satu rembatan padu ketika situasi sepakan percuma yang terus menerjah gawang Hoffenheim yang dikawal Oliver Baumann.

Sane sekali lagi mengecewakan skuad bimbingan Julian Nagelsmann pada minit ke-61 untuk mengesahkan kemenangan buat Manchester City sekaligus menamatkan saingan selaku juara kumpulan F.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN