UCL 2018/19: Enam Jaringan, Dua Kad Merah Warnai Aksi Ajax & Bayern Munich Di Amsterdam

Aksi penuh drama dapat disaksikan di Johan Cruijff Arena setelah Ajax Amsterdam terikat 3-3 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah bertemu Bayern Munich, awal pagi tadi.

Bukan sahaja enam jaringan terhasil, malah dua kad merah serta lima kad kuning dilayangkan pengadil dari Perancis, Clement Turpin walaupun kedua-dua pasukan sudah pun melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik.

Dengan keputusan seri yang dicatatkan, Bayern Munich yang dibimbing Niko Kovac menjuarai saingan kumpulan dengan kelebihan dua mata berbanding Ajax.

Robert Lewandowski membuka tirai jaringan pada minit ke-13 setelah menerima lorongan kemas daripada Serge Gnabry yang seterusnya melepasi perangkap ofsaid untuk terus menewaskan penjaga gol, Andre Onana.

Bayern Munich hampir menggandakan jaringan melalui satu serangan balas pantas, bagaimanapun Lewandowski yang hanya berhadapan dengan penjaga gol melakukan percubaan terkena muka Onana.

Jaringan tunggal penyerang antarabangsa Poland tersebut kekal hingga tamat separuh masa pertama.

AMSTERDAM, NETHERLANDS – DECEMBER 12: Daley Blind of Ajax shoots on goal closed down by Serge Gnabry of Bayern Munich during the UEFA Champions League Group E match between Ajax and FC Bayern Muenchen at Johan Cruyff Arena on December 12, 2018 in Amsterdam, Netherlands. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Dusan Tadic menyamakan kedudukan pada minit ke-61 apabila beliau dengan mudah menolak masuk bola hasil hantaran lintang Donny Van Den Beek dari sebelah kiri pintu gol pasukan pelawat.

Selepas itu perlawanan dicemari dengan dua layangan kad merah akibat terjahan kasar yang dilakukan terhadap pemain pasukan lawan masing-masing.

Maximilian Woeber terlebih diperintah keluar padang pada minit ke-67 setelah melakukan kekasaran terhadap Leon Goretzka manakala berselang lapan minit kemudian, Thomas Muller pula menerima nasib yang sama selepas mengasari Nicolas Tagliafico.

Ketika perlawanan menghampiri 10 minit terakhir, aksi mendebarkan dapat disaksikan apabila empat jaringan berjaya dihasilkan. Dua daripadanya adalah menerusi sepakan penalti.

Tadic meletakkan tuan rumah di hadapan setelah berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang diambil pada minit ke-82.

Turpin menghadiahkan sepakan tersebut berikutan kekasaran Jerome Boateng yang menjatuhkan Kasper Dolberg dalam kawasan penalti.

AMSTERDAM, NETHERLANDS – DECEMBER 12: Robert Lewandowski of Bayern Munich scores his sides second goal from the penlaty spot during the UEFA Champions League Group E match between Ajax and FC Bayern Muenchen at Johan Cruyff Arena on December 12, 2018 in Amsterdam, Netherlands. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Kesilapan Tagliafico yang mengasari Thiago Alcantara pula memaksa pengadil memberikan sepakan penalti buat Bayern Munich hanya selepas lima minit berselang.

Lewandowski tidak melepaskan peluang untuk kembali menyamakan kedudukan sekaligus gol kedua peribadi buat beliau pada perlawanan ini.

Ketika jaringan Kingsley Coman pada minit ke-90 menerusi percubaan dalam kawasan penalti dilihat bakal memberikan kemenangan mutlak buat wakil Jerman itu, Tagliafico menebus kesilapannya untuk menghasilkan gol penyamaan di masa kecederaan.

Mirip jaringan pertama Tadic, pertahanan kelahiran Argentina itu mudah menolak masuk hantaran dari sebelah kanan pintu gol Bayern yang dilakukan Klaas Jan Huntelaar untuk perlawanan berkesudahan dengan 3-3.

Satu lagi aksi kumpulan E menyaksikan Benfica menewaskan AEK Athens 1-0 hasil jaringan Alex Grimaldo. Wakil dari Portugal itu akan meneruskan perjuangan dalam saingan Liga Europa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN