UCL 2017/18: Liverpool Garang Di Anfield Untuk Catat Kemenangan 5-2 Ke Atas AS Roma

Liverpool

Liverpool terus mempamerkan persembahan bertenaga dalam saingan Eropah selepas berjaya menundukkan AS Roma dengan keputusan 5-2 pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di Anfield awal pagi tadi.

Tonggak utama, Mohamed Salah dan Roberto Firmino masing-masing menjaringkan dua gol dan mencipta dua bantuan jaringan manakala Sadio Mane menyumbangkan satu gol untuk memberikan kelebihan tiga jaringan menjelang perlawanan kedua di Rome nanti.

Mane hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-34 apabila beliau menolak masuk bola hantaran lintang dari Andrew Robertson, namun pemain antarabangsa Senegal itu berada dalam keadaan ofsaid.

Kekecewaan itu ditebus oleh Mohamed Salah berselang dua minit kemudian dengan satu rembatan menarik yang sekaligus berjaya menewaskan Alisson Becker di gawang AS Roma.

Kepintaran dan ketenangan yang dimiliki Salah terbukti lagi pada perlawanan ini menerusi jaringan kedua pada penghujung babak pertama.

Beliau bijak menghidu lorongan cantik dari Firmino dengan tenang melakukan percubaan ‘lob’ rendah untuk memperdayakan Alisson yang meluru pantas ke hadapan dalam usaha menyelamatkan keadaan.

Sadio Mane menjaringkan gol ketiga buat Liverpool pada minit ke-56 setelah beliau hanya perlu menolak masuk hantaran lintang oleh Salah dari sebelah kiri pintu gol pelawat.

Lima minit kemudian, Salah terus menjadi nadi buat Liverpool dengan situasi sama seperti jaringan oleh Mane dan hantarannya kali ini mencari Firmino yang tidak dikawal pertahanan AS Roma untuk mengukuhkan kedudukan menjadi 4-0.

Alisson Becker terus kecewa untuk melihat gawangnya dibolosi buat kali kelima pada minit ke-69.

Gol tersebut berpunca daripada tandukan dilakukan Firmino hasil sepakan penjuru oleh James Milner yang terus menerjah jaring.

Selesa dengan kelebihan lima gol, Jurgen Klopp mengeluarkan Salah untuk digantikan dengan Danny Ings.

AS Roma yang terkenal dengan semangat melawan tidak berdiam diri untuk pulang dengan tanpa sebarang jaringan pada perlawanan ini.

Usaha mereka membuahkan hasil apabila skuad bimbingan Eusebio Di Francesco itu berjaya menghasilkan dua jaringan menerusi Edin Dzeko (minit 81) dan sepakan penalti oleh Diego Perotti (minit 85).

Dua jaringan di tempat lawan yang mampu untuk menjadi bekalan buat AS Roma untuk mengulangi kejutan yang dilakukan sewaktu mengejutkan Barcelona di gawang sendiri tempohari.

Namun begitu, Liverpool yang di mood terbaik untuk layak ke perlawanan akhir sudah pasti akan meneruskan corak permainan seperti kebiasaan pada pertemuan kedua di Stadio Olimpico yang berlangsung 3 Mei nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN