Bahana Typo, Gadis Kecil Ini Dituduh Lelaki Dan Pasukannya Disingkirkan

Satu kejohanan sekolah di Nebraska telah terpalit dengan kontroversi apabila menyingkirkan pasukan perempuan Omaha’s Azzuri Cachorros dalam kejohanan Kanak-kanak Perempuan.

Kejohanan tersebut anjuran Springfield Soccer Association (SAC).

Cachorros layak ke perlawanan akhir kejohanan tersebut. Namun pihak penganjur mendapat satu aduan rasmi bahawa kelab tersebut menggunakan pemain lelaki untuk kejohanan kanak-kanak perempuan.

Mili Hernandez berusia 8 tahun, memiliki bakat bola sepak yang sangat baik. Membuatkan Mili setaraf dengan ramai pemain lelaki seusianya dalam bola sepak.

Mili yang selesa dengan rambut pendek telah disyaki bukan kanak-kanak perempuan. Keluarga Mili sangat kecewa apabila mendapat tahu tentang hal itu.

Seolah-olah ia menuduh ibu bapa Mili bersubahat kerana mereka turut sedia maklum tentang kejohanan itu. Insiden memalukan itu berlaku ketika perlawanan akhir. Sebelum sepak mula, pemain masuk ke padang.

Dan pengadil melihat Mili ada dalam pasukan. Terus pegawai perlawanan mengesahkan pasukan Omaha’s Azzurri disingkirkan kerana menurunkan ‘budak lelaki’.

Ibu Mili bercakap kepda KMTV:

“Pasukan mereka disingkirkan kerana anak saya kelihatan seperti budak lelaki.”

Mili memberitahu:

“Saya sukakan penampilan saya. Jika rambut saya panjang saya akan rasa tidak selesa dan minta ianya dipotong. Saya tidak suka rambut panjang.”

Jurulatih Cachorros: “Saya dah cakap dah!”

Springfield Soccer Association (SAC) dalam laporan mereka memberitahu pasukan Cachorros telah melanggar peraturan pertandingan kerana menurunkan kanak-kanak lelaki.

Jurulatih Cachorros berang dengan insiden ini keran kesilapan sebenarnya dilakukan pihak penganjur. Beliau berkata:

“Pegawai pendafataran kejohanan telah melakukan typo ketika memasukkan data pemain kami.”

“Saya memberitahu pihak penganjur tentang hal itu. Dan ingatkan ia sudah dibetulkan. Rupanya ia masih tidak dibetulkan oleh mereka.”

Dalam notis rasmi penyingkiran pasukan Cachorros, SAC berkata:

“Menyenaraikan pemain lelaki dalam kejohanan wanita (penuh) adalah melanggar peraturan yang ditetapkan badan bola sepak di negara ini dan juga peraturan kejohanan ini.”

Jurulatih Mili sangat kecewa kerana beliau sudah memaklumkan hal tersebut ketika pendaftaran tempoh haru tetapi mereka tidak membetulkan kesilapan itu dan ambil mudah perkara itu.

Sehinggalah ada jurulatih pasukan lain mengesyaki Mili didaftarkan sebagai lelaki.

Keluarga Mili kemudian bergegas bertemu pihak penganjur kejohanan dan menunjukan kad insurans Mili yang ada tertera jantina. Mereka juga mempamerkan dokumen sokongan yang lain termasuk sijil kelahiran.

Namun malangnya, pihak penganjur tidak menerima penjelasan itu dan meneruskan pendirian untuk menyingkirkan pasukan Cachorros daripada kejohanan.

Jurulatih pasukan Cachorros berkata lagi:

“Kami sudah membayar untuk bermain dalam kejohanan ini. Kami sudah bermain 3 perlawanan dengan Mili terlibat. Tetapi kenapa mereka tidak membetulkan kesilapan itu dalam tempoh tersebut.”

“Kami bukanlah tidak boleh menerima kesilapan orang lain. Namun begitu, kalau ya sekalipun kami melakukan kesilapan, janganlah melayan kami seperti ini.”

“Kami’ditendang’ dalam keadaan kami tidak boleh mempertahankan diri. Satu pasukan dimalukan oleh penganjur.”

Kini jadi kes berprofil tinggi

Cachorros memfailkan bantahan kepada Nebraska State Soccer Association. Nebraska State Soccer Association memberitahu memang ada typo dalam pendaftaran tersebut. Ia disebabkan perisian yang digunakan pihak SAC.

Nebraska State Soccer Association berharap agar masalah perisian itu diperbaiki agar tidak ada lagi kes sebegini di masa akan datang.

Dalam kenyataan rasmi mereka:

“Nebraska State Soccer (Association) bukan penganjur kejohanan ini, dan tiada kaitan dengan sebarang peraturan yang ditetapkan di dalam kejohanan ini.”

“Nebraska State Soccer Association tidak pernah sesekali menyingkirkan sesebuah pasukan perempuan hanya kerana paras rupa yang mirip seorang kanak-kanak lelaki.”

“Kami kecewa mendengar pemain perempuan tersebut dinafikan hak untuk bermain kerana kesilapan yang dibuat oleh satu badan bola sepak yang tiada kaitan dengan kami.”

Lagenda bola sepak wanita USA, Abby Wambach kemudian menghantar mesej sokongan kepada Mili:

“Ke hadapan Mili, anda seorang yang hebat dari semua segi. Terima kasih kerana mengajar kami erti keberanian dan terus bersinar di sebalik keadaan yang menyakitkan.”

“Jika anda semua nak tahu, adik ini adalah idola baru saya. Pasukan adik (Mili) disingkirkan daripada kejohanan hanya kerana dia kelihatan seperti budak lelaki.”

“Masalah itu timbul kerana kecuaian pengkeranian. Adik, jom kita berjumpa dalam masa terdekat.”

“Mili jangan sesekali biarkan orang berkata awak tidak sempurna kerana menjadi diri sendiri. Saya pun berambut pendek ketika menjuarai kejohanan bola sepak.”

Wambach yang sudah mengumumkan persaraan dari bola sepak kini sibuk dengan beberapa acara dalam kalendar beliau. Namun berjanji akan mencari masa sesuai secepat mungkin untuk bertemu idola barunya itu.

Seorang lagi pemain bola sepak wanita terkenal Mia Hamm turut menjemput Mili untuk melawat ke kem bola sepak beliau.

Ayah Mili terharu dengan mesej sokongan daripada figura terkenal dan juga dari seluruh dunia. Beliau berkata, Mili masih lagi bersemangat seperti biasa untuk bermain bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN