Pemain Teguk Setin Bir Sebelum Jaringkan Gol Penyamaan Ketika ‘Play Off’ Europa League

Seorang pemain meneguk setin bir sebelum menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan ‘play off’ UEFA Europa League (UEL) di Bulgaria.

Satu rakaman video di Bulgaria menjadi tular apabila seorang pemain bola sepak berhenti sebentar untuk mengutip setin bir (minumam beralkohol) dan meminumnya sebelum meneruskan perlawanan.

Ajaibnya, pemain dari kelab FK Vereya dari Liga Bulgaria, Ivan Bandalovski menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-93 perlawanan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

(Photo by Srdjan Stevanovic/Getty Images)

Insiden itu berlaku ketika perlawanan membabitkan Levski Sofia dan FK Vereya dalam perlawanan ‘play off’ untuk mewakili Bulgaria ke perlawanan kelayakkan UEFA Europa League pada musim hadapan.

Ketika jaringan masih terikat 0-0 pada minit ke-28, segelintir penyokong melemparkan setin minuman beralkohol yang sudah terbuka ke atas padang.

Mungkin kerana Ivan Bandalovski mengamalkan nilai supaya tidak melakukan pembaziran, beliau mengutip minuman tersebut dan terus meminumnya.

Menyedari minuman tersebut adalah minuman beralkohol, Bandalovski kemudiannya kelihatan memuntahkan kembali sebahagian daripada minuman tersebut.

Anda boleh menyaksikan rakaman kejadian tersebut dalam video di bawah ini.

Pemain berusia 30 tahun tersebut bagaimanapun menjaringkan gol penyamaan untuk pasukannya pada minit ke-93 perlawanan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Sebelum itu Levski Sofia mendahului dalam perlawanan ‘play off’ tersebut melalui jaringan Bozhidar Kraev pada minit ke-44.

Perlawanan yang diadakan di Vivacom Arena Georgi Asparuhov itu turut menyaksikan 8 layangan kad kuning oleh pengadil perlawanan.

Anda pasti tidak mahu mempercayai layangan kad kuning tersebut disebabkan pemain beraksi di bawah pengaruh alkohol.

Ivan Bandalovski meneguk minuman dari tin yang dilemparkan oleh penonton.

Malangnya Ivan Bandalovski dan FK Vereya gagal melayakkan diri ke pusingan kelayakkan UEL selepas perlawanan tersebut.

Walaupun berjaya mengheret perlawanan melepasi 90 minit perlawanan sebenar, kedua-dua pasukan terus terikat dengan jaringan 1-1 selepas tamat masa tambahan.

FK Vereya kemudiannya tewas 9-8 melalui penentuan sepakan penalti kepada Levski Sofya.

Amaran keras kepada semua pembaca kami. Alkohol adalah minuman yang memudaratkan kesihatan anda.

Jangan sesekali meniru aksi Ivan Bandalovski ketika anda beraksi di atas padang.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN