Twitter Reacts: Kekecohan Di Media Social Bahana #iFlixIsDown

Semalam, telah bermula Unifi Liga Super Malaysia 2018 untuk musim yang baru. Lebih menarik, buat julung-julung kalinya, perlawanan bola sepak liga tertinggi di Malaysia ini boleh didapati secara VOD (video on demand) atau secara atas talian dan bukan setakat di kaca TV sahaja.

Ia menandakan era baru bagi penggila bola sepak Malaysia. Ini kerana, ia bukan sahaja membuatkan bola sepak secara langusng boleh dilihat secara lebih mobile melalui telefon bimbit dan tab pintar, malah bilangan perlawanan bola sepak yang disiarkan juga lebih banyak berbanding dari yang disiarkan di saluran TV konvensional.

Hal ini sebenarnya takkan berlaku jika FAM dan FMLLP kelolaan TMJ tidak menjalin hubungan dengan syarikat penyiaran digital gergasi Malaysia iaitu iFlix. Kerjasama berbentuk servis dan penajaan ini dilihat langkah kehadapan demi meningkatkan nilai komersial Liga M.

Keputusan FAM dan FMLLP untuk mengikat perjanjian bersama iFlix adalah satu tindakan yang betul dan perlu untuk perancangan masa hadapan, sekaligus melunaskan sebahagian dari janji-janji yang telah dibuat oleh Presiden FAM.

Pertama kali dalam sejarah, 33 juta rakyat Malaysia kini mampu untuk menonton kesemua perlawanan Liga Super secara langsung!

Langit Tidak Selalu Cerah

Walau bagaimanapun, berlaku sedikit kontroversi apabila perlawanan Piala Sumbangsih di siaran TV konvensional semalam tiba-tiba dibatalkan penyiarannya oleh pihak Media Prima.

Rakyat Malaysia yang tidak berkesempatan ke Larkin bagaimanapun menghela nafas lega apabila dikhabarkan mereka masih boleh menonton perlawanan tersebut melalui iFlix secara percuma.

Namun, tatkala iFlix kelihatan seperti sinar baru untuk zaman keemasan bola sepak Malaysia ternyata berubah menjadi mimpi ngeri kepada rakyat Malaysia.

Kerana kebanjiran penonton yang mahukan siaran langsung tersebut, telah berlaku masalah teknikal yang menyebabkan perlawanan tersebut tidak dapat disiarkan.

#iFlixIsDown

https://twitter.com/1Obefiend/status/959781079363207173

Menurut pihak iFlix di laman sosialnya, pihaknya menghadapi masalah teknikal dalam menyiarkan perlawanan Piala Sumbangsih tersebut permintaan VOD yang terlalu tinggi.

Sehubungan dengan itu, hashtag #iFlixIsDown juga mula menular di Twitter sehingga mencapai 1,394,624 impresions dalam tempoh kurang 12 jam.

Ini adalah beberapa Tweet yang menyatakan rasa kesal mereka diatas kegagalan iFlix semalam dalam menyediakan perkhidmatan live stream perlawanan Piala Sumbangsih.

https://twitter.com/misikefirdaus/status/959783837059366912

Tak Semua Mengkritik

Walau bagaimanapun, tidak semua yang mengecam iFlix kerana masalah teknikal ini. Rata-rata rakyat Malaysia sebenarnya faham bahawa siaran langusng ini adalah sesi percubaan pertama iFlix Malaysia dan masih dalam mod Beta.

Lebih penting, ramai pengguna yang menggunakan iFlix buat pertama kalinya semalam secara percuma. Kami melihat ini adalah tempoh pembelajaran yang penting bagi iFlix Malaysia dan juga rakyat Malaysia.

Apa yang lebih penting, iFlix berjanji untuk meningkatkan kualiti live streaming nya dan semoga usaha mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penggunanya akan berjalan dengan lebih lancar.

Kami mendoakan agar rakyat Malaysia akan terus menyokong iFlix dalam usaha mereka memertabatkan nilai Liga Malaysia dan membolehkan kita semua menikmati siaran secara langsung bola sepak Malaysia secara lebih convinient.

Selamat Maju Jaya, iFlix! Jangan putus asa!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN