Twitter Monchengladbach Buatkan Netizen Tersenyum Lagi

Akaun twitter Borussia Monchengladbach sentiasa menjadi perhatian ramai kerana pendekatan mereka yang santai.

Mereka sebelum ini pernah memuat  naik status melabel pasukan mereka Borrusia Monchengladbach sebagai ‘Pasukan Jerman’ / A German Team.

Ianya selepas sebuah bar di Glasgow tidak mampu mengeja nama mereka. Peristiwa yang membuatkan mafla edis khas A German Team dihasilkan.

Semalam berlangsung perlawanan di antar Borussia Monchengladbach dan Borussia Dortmund. Pasukan Dortmund membelasah Gladbach dengan keputusan 6-1.

Apa yang mencuit perhatian netizen adalah cara mereka mengemaskini perlawanan tersebut. Borrusia Dortmund mendahului dengan 1-0.

Dan tidak lama kemudian Dortmund menambag gol kedua pada minit ke-39. Twitter Gladbach memuatnaik status:

Gol! Borussia!!! Oh tunggu mereka lagi. Ianya merujuk kepada Borrusia yang satu lagi sekali lagi menjaringkan gol, bukan mereka.

Ini adalah kemaskini ketika gol Aubameyang pada minit ke-45. Tweet Gladbach menyakat pertahanan mereka yang dikerjakan serangan Dortmund.

Kena dengan gol ke-5:

Meraikan gol pertama dengan semangat!

Bila dah kena 6-1, ungkit sikit sejarah mereka menang 12-0 pada 1977/78. Modal!

‘Apalah salah yang kami pernah buat kepada anda @BvB (sehingga anda mengamuk sebegini), sekali sahaja kami pernah kalahkan anda 12-0’

Dan tamat perlawanan, seperti biasa akan ada kemaskini penuh nama penjaring. Dan mereka tidak larat nak menulis nama penjaring-penjaring gol Dortmund yang ramai sangat.

‘Ramai sangat nak disebut’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN