5 ‘Upgrade’ Taktikal Guardiola Di Manchester City Musim Ini

Manchester City mencatatkan rekod gol yang menyeramkan lawan mereka dalam 5 perlawanan terakhir semua pertandingan. 21 gol dicatatkan di dalam tempoh tersebut.

1. Penambahbaikan counterpressing

City bukanlah pasukan yang terlalu bergantung kepada sistem pertahanan dengan unit ramai pemain. Apa yang mereka lakukan adalah meningkatkan intensiti pada counterpressing mereka.

Sistem ini yang membuatkan lawan mereka sukar untuk membina serangan. Ketika fasa diserang balas, mereka memiliki pemain yang rajin mengejar dan memberikan tekanan kepada lawan.

Di blok paling rendah, kualiti sweeper keeper mereka telah diperbaiki untuk menjadi pertahanan akhir membersihkan benda yang kurang bersih dilakukan oleh pertahanan terakhir mereka.

2. Intensiti dengan bola

Jika di atas kami jelaskan aspek counterpressing, di seksyen ini adalah aspek kepantasan mereka dengan bola.

Pep Guardiola mahukan bola dialirkan dengan sangat cepat untuk membolehkan mereka dalam keadaan optimum dan menggunakan ruang yang ada dengan segera.

Ini adalah sedikit komen beliau selepas tamat perlawanan semalam. Anda akan dapati, aspek kepantasan dengan bola ini sangat ditekankan.

https://twitter.com/coachdanwright/status/911701078848270336

3. Fleksibiliti

Manchester City tidak bergantung kepada satu sistem sahaja. Mereka boleh bermain sistem bek bertiga dan berempat dengan baik.

Dalam perlawanan menentang Liverpool, selepas Mane dilayangkan kad merah, pada separuh masa kedua mereka menggunakan sistem bek berempat untuk memastikan lebih cengkaman di tengah.

Mereka juga bermain dalam sistem yang sangat fluid dengan pendekatan ‘ultra offensive free 8 tactic’.

Dengan memiliki pemain seperti Walker, Danilo dan Mendy yang boleh bermain bek sisi dan bek sayap, mereka menambahkan kualiti kepada perubahan formasi ini berbanding musim lalu.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Tidak lupa juga adaptasi David Silva sebagai pemain yang beraksi lebih ke bawah.

4. Sistem no.9

Pep Guardiola sering dikenali dengan jurulatih yang benci dengan sistem no.9 kembar kerana beliau berpendapat ia membazir.

Lebih baik seorang pemain itu dilaburkan di tengah. Ketika di Bayern Munich beliau membidas wartawan yang menyatakan Bayern bermain 4-4-2. Pep menerangkan peranan Muller adalah no.10 dalam sistem 4-2-3-1.

Lalu beliau menjelaskan kenapa beliau tidak sukakan no.9 kembar. Musim lalu ramai wartawan mengaitkan Aguero dengan pasukan lain selepas Pep mendapatkan Gabriel Jesus. Ini kerana Pep bukan jurulatih yang suka sistem penyerang kembar.

Namun musim ini beliau memastikan yang beliau dapat mencari formula terbaik untuk menggandingkan Gabriel Jesus dengan Aguero. Salah satu daripada pendekatan mereka adalah 3-5-2.

Pep tetap mahukan unit tengah yang ramai. Dan sistem tengah berlima itu membolehkan mereka menggandingkan 2 penyerang utama Jesus dan Aguero di hadapan.

5. Corak hantaran

City meningkatkan aspek kualiti hantaran tinggi mereka untuk mencipta gol. Musim ini mereka menjadi pasukan yang paling bahaya dalam situasi bola mati dan juga hantaran lintang.

Sebelum ini City lebih dikenali dengan ciptaan peluang menerusi hantaran lolos dan hantaran pendek. Fokus kepada memperbaiki aspek penyudah (hantaran atau percubaan go) dengan hantaran tinggi jelas sekali.

Ianya sangat berbeza dengan City pada musim lalu. Jadi, jika mereka berhadapan dengan lawan yang terlalu kompak, mereka ada alternatif dengan bola tinggi yang berkesan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN