TV Alhijrah Berpeluang ‘Menyelit’ Siar Aksi Liga Malaysia Secara Langsung?

Liga Malaysia Tv Alhijrah

Teka-teki mengenai penyiar rasmi Liga Malaysia (Liga-M) 2023 masih belum terjawab selepas Malaysian Football League (MFL) belum bersedia untuk mengesahkan status mengenainya.

Dalam sidang media Pengumuman Khas MFL yang diadakan pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam memaklumkan pihaknya memerlukan satu atau dua minggu lagi untuk berbincang sebelum memuktamadkan perkara tersebut.

Siaran langsung terutamanya bagi perlawanan Liga Super sentiasa menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan yang mengharapkan keputusan terbaik dapat dicapai.

Desas-desus yang paling hangat kedengaran ketika ini adalah hak penyiaran tersebut akan diberikan kepada Astro Arena, namun perkhabaran tersebut tidak mendapat reaksi yang positif kerana ia adalah siaran berbayar.

Bagaimanapun Stuart dalam kenyataannya memberi bayangan bahawa bukan satu syarikat sahaja yang bakal mendapat hak penyiaran.

“Sudah ada perbincangan positif yang masih berjalan dengan penyiar sedia ada dan baharu, saya fikir kami memerlukan satu atau dua minggu lagi untuk membuat pengumuman,” ujar Stuart.

“Saya tak boleh sahkan perinciannya sekarang, tapi tak lama lagi penyokong  akan tahu di mana mereka akan tonton bola sepak Malaysia musim ini.”

Beliau turut mengesahkan kesemua perlawanan Liga Malaysia akan disiarkan secara langsung termasuk Piala Cabaran melibatkan beberapa syarikat produksi dan penyiar.

Jawapan tersebut menunjukkan bahawa pihak MFL sedang membuat rundingan dengan syarikat sedia ada iaitu Unifi dan juga beberapa syarikat produksi baharu yang lain.

Jika siaran langsung tersebut mahu disiarkan di kaca televisyen, sudah tentu agak sukar untuk satu syarikat sahaja yang menyediakan siaran langsung bagi semua perlawanan, terutamanya apabila terdapat beberapa perlawanan diadakan serentak atau bertindih pada masa yang sama.

Musim lalu, kesemua perlawanan disiarkan secara langsung di UnifiTV dan Youtube, namun ia memerlukan akses internet yang pantas membuatkan bukan semua golongan dapat menontonnya.

Maka terdapat kemungkinan perlawanan-perlawanan ini akan dibahagikan kepada semua syarikat penyiaran arus perdana seperti RTM (TV1, TV2, Sukan RTM), Media Prima (TV3, NTV7, TV8, TV9), UnifiTV dan tidak terkecuali TV Al-Hijrah.

Jika ia dapat direalisasikan, tentunya MFL akan menerima kredit kerana mendengar suara hati peminat bola sepak tanah air.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN