Tutup Segala Gosip Ke Perak, Arif Fadzillah Pilih Kekal Di Terengganu

Arif Fadzillah

Pemain pertahanan Terengganu, Arif Fadzillah memilih untuk kekal di Terengganu untuk terus mencabar slot kesebelasan utama pasukan tersebut.

Beliau yang dianggap sebagai pemain pertahanan sisi yang cukup baik dalam kalangan penyokong Terengganu memilih untuk kekal walaupun ada tawaran dari pihak lain.

Sebelum ini, Arif dikaitkan dengan pasukan seperti Perak namun semua gosip itu dilenyapkan dengan bersetuju untuk kekal bagi semusim lagi.

“Pemain pertahanan kiri Terengganu FC, Muhammad Arif Fadzilah bin Abu Bakar memutuskan untuk terus kekal bersama pasukan Terengganu FC bagi saingan musim hadapan sekaligus menolak penawaran dari beberapa pasukan lain yang ingin membawa pemain ini berhijrah keluar dari negeri Terengganu,” kata Terengganu dalam kenyataan mereka.

Fokus Arif adalah untuk menambat hati Tomislav Steinbruckner dan terus kekal dalam kesebelasan utama, tidak kira siapa yang bakal mencabar kedudukan pertahanan kiri dalam skuad jurularih itu.

Buat masa sekarang, Arif berebut kedudukan dengan Alif Zakaria dan Hairiey Hakim untuk menjadi pertahanan kiri utama Terengganu.

Selain itu, prospek terbesar bagi Arif adalah peluang untuk beraksi di Piala AFC pada musim hadapan termasuklah dengan mencabar terus kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Arif memilih untuk tidak meninggalkan pasukan walaupun beberapa nama sudah membawa diri iaitu Manny Ott serta Nafuzi Zain yang kini sertai Kedah Darul Aman.

Pemain pertahanan itu akan bersama-sama Habib Haroon dan Sony Norde yang akan mengetuai cabaran Terengganu musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN