Safawi: “Saya Nak Cari Team Yang Betul-Betul Perlukan Saya”

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang akan beraksi bersama Ratchaburi FC di Thailand pada musim hadapan tampil mendedahkan yang beliau kini sangat terdesak mahu mendapatkan minit permainan.

Safawi menjelaskan yang beliau sudah puas memanaskan bangku simpanan dan di usia beliau kini, beliau lebih mementingkan minit permainan berbanding hal-hal lain.

Keputusan JDT mahu meminjamkan beliau ke Ratchaburi FC sebenarnya diterima dengan sangat baik oleh Safawi kerana beliau sememangnya mahu mendapatkan minit permainan demi kelangsungan kariernya.

Bercakap dalam satu temu bual baru-baru ini, Safawi mendedahkan bahawa:

“Macam saya cakap saya kurang main dan jarang dapat peluang untuk main, so saya rasa this the chance, saya akan buat sesuatu lah.”

Jelas Safawi Rasid.

“Dalam umur saya sekarang 25 tahun, saya perlu minit permainan untuk saya, walaupun nanti saya dah habis loan ke dengan Ratchaburi ke, saya nak cari team yang betul-betul perlukan saya.”

Safawi juga turut mendedahkan yang beliau selepas ini sudah tidak mahu lagi sekadar duduk di bangku simpanan.

“Saya tak nak dah, saya tak nak duduk bench dah, saya nak main.”

Musim ini menyaksikan Safawi telah pun meledak dua gol dan turut mencatatkan tiga bantuan jaringan daripada 13 penampilan dalam saingan Liga Super.

Pemain kelahiran Terengganu ini juga mencatat satu bantuan gol sepanjang enam aksi beliau dalam saingan ACL musim ini selain menjadi tonggak penting yang membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Safawi Rasid selepas ini akan beraksi bersama Ratchaburi FC sebagai pemain pinjaman dan JDT turut melepaskan Moussa Sidibe untuk sertai kelab dari Thailand itu.

Menurut Hector Bidoglio selaku Pengarah Teknikal JDT, beliau menyatakan kedua kelab itu telah mencapai persetujuan untuk membenarkan Safawi dan Sidibe selaku status pemain pinjaman musim hadapan.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mencapai persetujuan dengan pasukan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC untuk meminjamkan Safawi Rasid dan Moussa Sidibé.

“Harimau Selatan mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pemain ini untuk musim akan datang,”

Pengerusi kelab tersebut iaitu Tanawat Nitikanchan telah pun menyatakan pihak mereka akan mendapatkan Safawi untuk saingan 2022/2023 menjelang jendela perpindahan kedua liga ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN