Mengenang Kisah Turkey Sebagai ‘King Of Comeback’ Pada Euro 2008

Turki pernah digelar sebagai King Of Comeback pada satu ketika dahulu. Beberapa siri kebangkitan bersejarah dicatatkan oleh mereka ketika Euro 2008.

Turki vs Republik Czech

Salah satu daripadanya adalah ketika berhadapan dengan Republik Czech – di peringkat kumpulan. Kedua-dua pasukan terikat 3 mata sebelum sepak mula. Siapa menang akan mengiringi Portugal ke pusingan kalah mati.

Bertempat di Geneva, pasukan Republik Czech diletakkan sebagai pasukan pilihan berhadapan dengan anak buah Fatih Terim.

Jan Koller meletakkan Republik Czech di hadapan pada minit ke-34 – seperti dijangka, ianya adalah menerusi satu tandukan. Satu rekod yang menarik, Republik Czech ketika itu tak pernah kalah dalam perlawanan kompetitif setiap kali Koller menjaringkan gol.

Statistik itu dikuatkan lagi dengan gol kedua oleh Republik Czech menyusul pada minit ke-62 menerusi Plasil yang menyambut hantaran lintang Sionko. Plasil melakukan voli menewaskan Volkan Demirel.

Pada 15 minit terakhir, Turki telah mencipta kebangkitan luar biasa. Pada minit ke-75, Arda Turan merapatkan jurang gol.

Ketika perlawanan berbaki 3 minit, Republik Czech dilihat akan mara ke pusingan kalah mata. Namun Nihat Kahveci telah menafikannya. Ini kerana pada minit ke-87, Nihat menjaringkan penyamaan selepas Petr Cech terlepas bola daripada tangannya ketika cuba menangkap hantaran lintang Hamit Altintop.

Pada kedudukan 2-2, Turki sudah ada kelebihan untuk mara. Namun Nihat melengkapkan kebangkitan mereka dengan gol ke-3 selang 2 minit kemudian – minit ke-89. Ianya satu jaringan yang sangat licik mengatasi Petr Cech.

Pintu kelayakan untuk Republik Czech tertutup rapat. Perlawanan berakhir Turki menang 3-2.

https://www.youtube.com/watch?v=ewoK0psgnss

Mengikat Croatia pada masa kecederaan

Dalam perlawanan menentang Croatia, pasukan Turki juga bangkit pada minit akhir – masa kecederaan pada tambahan masa 30 minit.

Perlawanan berakhir 0-0 untuk 90 minit. Pada minit ke-119, Ivan Klasnic meletakkan Croatia di hadapan.

Slaven Bilic dan para pemainnya sudah berlari kegirangan meraikan gol itu. Gol yang dianggap membunuh perlawanan yang berbaki hanya seminit.

Namun pada masa kecederaan Semih Senturk menjaringkan gol penyamaan dan mengheret perlawanan ke penentuan penalti. Senturk memberikan isyarat ‘diam’ kepada kem Croatia yang meraikan gol Klasnic dengan girang.

Turki menang 3-1 dalam penentuan penalti, sekaligus mara ke separuh akhir Euro 2018. Lawan yang menanti mereka adalah Jerman.

https://www.youtube.com/watch?v=SbCLA98O3Ms

Kebangkitan dinafikan Lahm pada minit akhir

Pada perlawanan separuh akhir, Turki berhadapan dengan pasukan Jerman. Ugur Boral meletakkan Turki di hadapan pada minit ke-22. Namun ianya disamakan oleh Bastian Schweinsteiger pada minit ke-26.

Pada minit ke-79 – Miroslav Klose meletakkan Jerman di hadapan. Pada baki 4 minit terakhir – Semih Senturk sekali lagi menyamakan kedudukan untuk Turki.

Namun Jerman berjaya menamatkan perjuangan Turki dengan gol ke-3 oleh Phillip Lahm pada minit ke-90.

https://twitter.com/iMiaSanMia/status/878970319675043840

Itulah salah satu daripada kisah menarik pasukan Turki pada satu ketika dahulu selain daripada pasukan legenda mereka yang menamatkan kempen Piala Dunia di tangga ke-3 pada edisi 2002.

Pada era tersebut juga bercambahnya penyokong Turki di negara kita yang mengikuti rapat pasukan tersebut. Ada yang kekal menyokong Turki sehingga ke hari ini.

Mari main satu permainan anda lihat gambar di bawah ini:

Ini adalah pasukan Piala Dunia – Turki 2002. Anda cuba berikan kami senarai pemain yang anda kenal daripada skuad ini di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN