Krzysztof Piatek: Penggempur Berbisa Genoa Ini Mengaku Terpaksa Buka Playstation Untuk Mengenali Rakannya

Krzysztof Piatek kini sedang dalam prestasi terbaik beliau untuk Genoa. Beliau memberitahu impiannya adalah untuk menjaringkan lebih 20 gol semusim di Serie A dan kemudiannya mahu beraksi di UCL.

Beliau kini sudah menjaringkan 9 gol dalam Serie A untuk mendahului senarai penjaring terbanyak di hadapan Cristiano Ronaldo dan Ciro Immobile yang masing-masing menjaringkan 8 gol. Secara keseluruhan beliau sudah menjaringkan 12 gol dalam semua pertandingan setakat ini.

Pada awalnya ramai penyokong Genoa meragui keupayaannya. Namun selepas menjaringkan 4 gol dalam Coppa Italia menentang Lecce, beliau terus menjadi perhatian.

Rekod gol beliau terus bertambah dan media mulai mengaitkannya sebagai pengganti Lewandowski. Dan lebih menarik pada Oktober lalu, laporan di Jerman menyatakan Bayern Munich sedang memantau perkembangan beliau. Beliau juga turut dikaitkan dengan Chelsea dan juga Barcelona.

Beliau memberitahu media di Itali bahawa bukan mudah untuk beliau menjaringkan gol bersama dengan pasukan Genoa berbanding dengan pemain yang bermain di Juventus mahupun Real Madrid.

“Tiada seorang di Eropah ini akan menjaringkan gol setiap perlawanan. Gol itu akan datang. Saya bukannya bermain dalam pasukan terkuat di Itali. Kalau penyerang yang beraksi di Real Madrid ataupun Juve, mereka pastinya lebih mudah menjaringkan gol kerana kualiti pasukan yang dimiliki.”

“Jadi, untuk kempen Serie A, saya tak pernah mengidam untuk menjadi penjaring terbanyak. Musim ini masih panjang. Saya perlu dan dahagakan gol. Saya mahu menjaringkannya.”

Beliau juga memanfaatkan setiap masanya di Itali agar sentiasa berada dalam prestasi terbaik.

“Saya tak boleh leka ataupun buang masa. Saya tak mahu meninggalkan negara saya Poland tanpa berusaha melakukan yang terbaik. Jika tak saya akan terpaksa balik ke negara saya sebagai pencundang.”

Berkongsi tentang pembangunan karier beliau – ketika kecil, beliau dilatih oleh ayahnya. Beliau tidak dilahirkan atau dilatih di akademi bola sepak seperti ramai pemain profesional Eropah yang lain.

“Saya mulai menyepak bola pada usia 2 tahun. Di negara saya tiada banyak perkara yang anda boleh lakukan. Jurulatih pertama saya ialah ayah saya. Beliau membantu saya menjadi pemain bola sepak tanpa memberikan tekanan langsung.”

“Saya adalah pemain yang dibentuk di rumah dan jalanan, saya tak takut untuk mengeksploitasi bakat saya yang ada. Saya tak boleh menyalahkan latar belakang saya jika saya gagal. Sebaliknya itu salah saya sendiri.”

Beliau berkongsi pengalaman pertama beliau ketika mula menyertai Genoa. Piatek berterus-terang bahawa beliau terpaksa membuka Playstation untuk mengenali rakan-rakan barunya di kelab itu. Ini kerana beliau tak pernah tahu akan senarai pemain di kelab Genoa.

“Saya tak kenal rakan-rakan sepasukan saya di Genoa. Sebaik sahaja saya menandatangani kontrak dengan Genoa, saya membuka Playstation untuk mencari mereka satu persatu – untuk mengenali mereka.”

Piatek sedar akan cabaran yang bakal dihadapinya selepas ini. Beliau menjangkakan tugasan menjaringkan gol akan menjadi lebih sukar. Ini kerana statistik gol beliau akan membuatkan beliau diberikan perhatian lebih oleh pertahanan.

Beliau menyatakan pada awal musim ini, beliau tidak begitu dikawal ketat kerana pemain-pemain pertahanan di Itali tidak kenal sangat dengan beliau.

“Menjadi orang ‘asing’ [stranger] ini ada kelebihannya juga. Orang tidak begitu memberikan perhatian kepada saya. Bayangkan jika selepas ini saya menjaringkan 21 gol ataupun menjaringkan gol setiap perlawanan, mungkin pertahanan akan merantai saya lebih ketat.”

“Saya mahu menjaringkan 20 gol ataupun 2 digit semusim. Tandukan adalah kekuatan utama saya. Saya suka mencuri masa dan ruang dan tiba-tiba mengejutkan pertahanan dengan tandukan.

Ditanya tentang komen beliau ke atas perbandingan dengan Lewandowski – Piatek menjawab: “Saya tak suka perbandingan itu, namun saya boleh sampai ke tahap itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN