Cavani Enggan Minta Maaf, Anggap Insiden Beliau Dan Neymar Itu Normal

Edinson Cavani dan Neymar terlibat dalam kontroversi sekali lagi. Musim lalu kedua-dua mereka terlibat dalam kontroversi untuk mengambil sepakan penalti sehingga Unai Emery – yang ketika itu Pengurus PSG – terpaksa masuk campur.

Dalam perlawanan persahabatan di antara Brazil dan Uruguay di Emirates, Cavani dan Neymar terlibat dalam insiden panas sekali lagi. Segalanya bermula ketika Cavani membentes Neymar dan pemain itu terjatuh.

Cavani mempertikaikan keputusan pengadil kerana beliau mendakwan bentesannya adalah bersih dan tepat ke arah bola. Pengadil melayangkan kad kuning kepada Cavani.

Selepas itu Cavani pergi ke arah Neymar dan cuba menghulurkan tangannya untuk membantu Neymar bangkit. Namun tangan Cavani telah ditepis oleh Neymar yang menolak bantuan itu dengan wajah marah.

Cavani yang terkedu dengan reaksi Neymar telah menyerahkan bola dalam keadaan agak kecewa dengan reaksi rakan sepasukannya itu di PSG.

Brazil menang 1-0 dalam perlawanan tersebut hasil daripada penalti Neymar. 8 kad kuning dilayangkan kepada kedua-dua pasukan di dalam perlawanan tersebut; 2 untuk Brazil dan 6 untuk Uruguay – termasuk yang dilayangkan kepada Cavani.

Bercakap kepada wartawan tentang insiden itu, Cavani menganggap ianya sudah biasa dalam bola sepak. Cavani merasakan tiada apa yang beliau perlu minta maaf daripada Neymar untuk insiden tersebut.

Cavani menganggap ianya adalah sebahagian daripada sukan tersebut. Cavani berkata: “Dalam bola sepak mana ada istilah ‘persahabatan’,” kata beliau.

Apa yang Cavani maksudkan; walaupun ianya sekadar perlawanan persahabatan, setiap pasukan tetap akan cuba sedaya upaya untuk menang dan pada masa yang sama tiada istilah rakan sepasukan di kelab untuk perlawanan melibatkan 2 negara.

“Apabila 2 negara Amerika Selatan bertemu, biasanya perlawanan sedikit panas. Saya rasa ianya perlawanan yang bagus, dan kami juga melakukan protes ke atas penalti yang diberikan kepada Brazil.”

“Namun inilah perkara-perkara seperti ini biasa berlaku. Bagi saya, ianya sentiasa terasa bagus sekali untuk berlawan dengan pasukan besar dan bersejarah seperti Brazil – dan bermain dengan seteru seperti Neymar dan para pemain lain di dalam pasukan Brazil.”

“Sebab itulah dalam perlawanan seperti ini, kami juga tak suka untuk kalah. Tiada persahabatan dalam perlawanan bola sepak. Kadangkala berlaku insiden panas, intenstiti; namun selepas perlawanan – selepas tamat – semuanya baik-baik sahaja di luar padang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN