Turan Dijatuhkan Hukuman Penjara Hampir 3 Tahun Kerana Kes Senjata Api

Pemain tengah Barcelona, yang kini masih dipinjamkan ke Istanbul Basaksehir, Arda Turan dijatuhkan hukuman penjara hampir 3 tahun kerana pergaduhan di kelab malam dan juga melepaskan tembaka di hospital.

Turan bergaduh dengan rakannya, Berkay Sahin – artis Turki – pada Oktober 2018 yang lalu. Ini selepas Sahin menuduh Turan mahu menggatal dengan isterinya, Ozlem Ada Sahin.

Arda Turan dilaporkan bermulut celupar dan tidak menghormati ketika mahu ‘mengurat’ isteri Sahin dengan berkata kepada Ada: “Jika saya masih bujang, saya tak akan lepaskan wanita seperti kamu.”

Turan kemudian menggunakan beberapa ayat lagi yang agak melampau, membuatkan Berkay Sahin sangat marah.

Turan pada awalnya menafikan beliau ada bergaduh dengan Berkay Sahin yang merupakan sahabat karibnya.

Namun terdapat beberapa rakamn video dipaparkan oleh beberapa siaran tv di Turki – yang jelas memaparkan pergaduhan Turan dan Sahin.

Arda Turan menceroboh hospital dengan membawa pistol. Dia kemudiannya menemui Berkay Sahin dan berkata: “Saya tak tahu yang perempuan itu isteri kamu. Saya minta maaf! bunuhlah saya.”

Arda Turan kemudian di panggil ke balai polis untuk memberikan keterangan berkaitan dengan insiden itu.

Sahin kemudian menghantar isterinya balik ke rumah terlebih dahulu untuk bersemuka dengan Arda Turan, 1 lawan 1. Namun Turan yang tak dapat mengawal kemarahannya telah menumbuk hidung Berkay Sahin dan membuatkan hidung penyanyi itu patah.

Berkay Sahin dikejarkan ke hospital. Arda Turan mengekori kereta yang membawa Berkay dan menunjukkan pistolnya kepada Berkay.Turan mahu Berkay menggunakan pistol itu untuk membunuhnya kerana kesilapannya.

“Saya tak tahu yang dia isteri kamu, saya minta maaf. Bunuhlah saya.”

“Saya tak tahu dia isteri kamu.”

Anadolu Agency menyatakan, sekiranya didapati bersalah, Arda Turan bakal berhadapan hukuman penjara sekitar 3 tahun sehingga 12 tahun 6 bulan.

Ini kerana beliau akan berhadapan 4 pertuduhan iaitu gangguan seksual, memiliki senjata api tanpa lesen, sengaja mengakibatkan kecederaan dan menceroboh premis awam dengan keadaan merbahayakan keselamatan awam.

Perbicaraan kes tersebut sudah bermula semalam yang mendapat liputan meluas oleh media Turki dan antarabangsa. Berkay Sahin dan isterinya (gambar) turut hadir.

Polis meningkatkan tahap keselamatan di bilik perbicaraan. Perdengaran kes tersebut yang seterusnya akan dilakukan pada 19 Jun.

Turan memang terkenal dengan panas barannya dan banyak terlibat dalam kontroversi. Pada May 2018, beliau didenda £7,000 dan gantung 16 perlawanan kerana mengasari penjaga garisan.

Dan ini bukannya kali pertama Turan terlibat pergaduhan. Tahun lalu, Fatih Terim membuang beliau daripada pasukan selepas menumbuk petugas media pasukan Turki ketika dalam penerbangan.

Selepas insiden itu, Turan kemudian mengumumkan persaraannya daripada pasukan Turki.

Dan semalam, Arda Turan didapati bersalah di atas pertuduhan:

  • Melepaskan tembakan yang mencetuskan panik
  • Kesalahan memiliki senjata api tanpa lesen
  • Sengaja menyebabkan kecederaan

Mahkamah memerintahkan Arda Turan menjalani hukuman penjara 2 tahun 8 bulan. Namun beliau tidak akan menjalani hukuman itu di penjara. Kecuali beliau melakukan kesalahan lain dalam tempoh 5 tahun ini, beliau secara automatik akan ke tirai besi.

Istanbul Basaksehir sebelum ini mengesahkan mereka sudah mendenda Arda Turan 2.5 juta Lira ataupun £350,000 kerana kesalahan itu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN