TMJ Mahu ‘Bersihkan’ FAM, Ingin Beri Mandat Kepada Rakyat Untuk Pilih Presiden

Petang tadi TMJ telah lakukan sesi bertemu penyokong bola sepak negara di Hotel Grand Hyatt dan telah banyak soalan ditujukan kepada TMJ.

Jom baca intipati penuh daripada kami!

Mahu ‘bersihkan’ FAM

Sebelum bermula, TMJ awal-awal lagi telah berikan penerangan yang misi utama baginda ke Kelana Jaya adalah untuk membetulkan struktur di dalam FAM serta memberikan semula bola sepak kepada rakyat.

Pertama adalah baginda mahu FAM dianggotai oleh mereka yang benar-benar mahu berkerja demi bola sepak negara dan bukan menjadikan FAM sebagai political mileage mereka sahaja.

Selain itu, TMJ akan melakukan pengkhususan tugas untuk setiap exco FAM agar mereka sentiasa melakukan kerja dan tidak makan ‘gaji buta’ saja.

Dan pembaharuan yang TMJ mahu lakukan adalah mahu menggubah perlembagaan FAM untuk berikan kuasa kepada rakyat untuk memilih presiden FAM yang mereka suka.

Manakala jawatan timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung masih lagi ditentukan oleh ahli gabungan.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Satu lagi perubahan yang TMJ mahu bawa adalah memisahkan skuad kebangsaan daripada FAM.

Skuad kebangsaan akan dijaga oleh entiti bebas yang dimana hanya presiden FAM, CEO pasukan negara dan barisan kejurulatihan sahaja yang dibenarkan masuk campur.

TMJ juga menegaskan akan membawa orang-orang yang dipercayai baginda untuk menguruskan jawatankuasa tatatertib, kewangan dan juga intergriti FAM.

Selain itu, mesyuarat exco FAM akan diadakan 3 bulan sekali dengan ia diadakan di lokasi berbeza setiap kali mesyuarat dilakukan dengan Sabah menjadi pilihan pertama.

Hal ini kerana, ia membolehkan presiden dan exco untuk meninjau perkembangan stadium serta fasaliti stadium di setiap negeri yang mereka kunjungi.

Dan selepas mesyuarat exco akan diadakan pula sesi bersama dengan penyokong untuk membolehkan penyokong meluahkan perasaan mereka.

Liga Malaysia yang lebih kukuh

TMJ mendapat soalan daripada hadirin yang hadir berbunyi, “perlukah Malaysia haramkan siaran Premier League, La Liga dan sebagainya untuk tumpukan tumpuan rakyat Malaysia kepada Liga Malaysia?”

TMJ kemudiannya menjawab perkara itu tidak perlu sebaliknya kita perlu belajar dengan mereka bagaimana liga itu berjaya.

Baginda juga mahu pihak media di negara kita untuk terus mempromosikan Liga Malaysia supaya liga kita ditonton oleh semua pihak tidak kira bangsa apa sekali pun.

Selain itu juga, TMJ mahu pihak FMLLP meningkatkan lagi promosi liga dengan melakukan sebaik bagaimana Astro lakukan ketika menjadi penyiar rasmi ataupun lebih baik daripada itu.

TMJ juga mahu mewujudkan entiti bebas yang dijaga khas untuk pengadil.

Di situ, pengadil sepenuh masa akan dibentuk dari segi kecergasan serta modul latihan yang khas untuk pengadil.

Pengadil kemudiannya bakal menerima gaji yang setimpal bagi memastikan mereka tidak terbuka dengan skandal atur perlawanan.

Malah mereka akan diperhatikan oleh pihak SPRM dan juga Jawatankuasa Integriti FAM 24 jam jikalau mereka melakukan tindakan yang mencurigakan dan sekiranya mereka disoal siasat kerana terlibat dengan tuduhan salah laku – tugas mereka akan digantung.

Mengenai Liga Malaysia ketika bulan Ramadhan, TMJ tidak berkata dengan jelas tetapi memberikan klu yang mungkin Liga Malaysia akan diadakan semula pada bulan Ramadhan seperti musim 2015.

“Orang Arab main bola masa bulan puasa, kenapa kita tak boleh?”

Mengenai tajuk hangat berkenaan hak penyiaran, TMJ akan pastikan baki pecahan 40% wang penyiaran akan diberikan kepada pasukan yang bertanding.

Ketika ini, kesemua 22 pasukan Liga Super & Perdana memperoleh RM 1 juta hasil daripada wang hak penyiaran.

Sementara RM 17 juta pergi ke pasukan negara, RM 21 juta untuk FMLLP mengelola liga dan bakinya adalah untuk FAM.

TMJ mahukan pecahan peratusan 40% milik FAM itu diserahkan kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia untuk membantu kewangan pasukan.

Dan disini, adalah menjadi tugas Bendahari FAM untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia ke mana wang belanja FAM itu pergi.

TMJ juga mahukan liga yang lebih konsisten dari segi penjadualan. Hal ini kerana, TMJ mahu pemain yang mendapatkan rehat cukup terutamanya pemain kebangsaan kerana risau mereka akan letih kerana overused.

FAM yang lebih konsisten dan Piala Dunia

TMJ juga mahu menjadikan FAM yang lebih konsisten terutamanya dalam memberikan denda.

Baginda mengambil contoh kes melibatkan Gary Steven Robbart dan juga Rizal Ghazali yang menandatangani 2 kontrak dalam satu masa.

“Gary dihukum RM50 ribu dan gantung dari bermain bola selama 3 bulan. Tetapi, Rizal hanya kena RM25 ribu denda dan masih boleh bermain.”

Selain itu, TMJ mempunyai misi untuk membawa nama Malaysia ke Piala Dunia.

“Saya bukan nak kecilkan taraf Piala AFF. Tetapi saya mahukan pemain negara idamkan untuk bermain di tahap lebih tinggi – Piala Asia atau Sukan Olimpik misalnya.”

Kepakaran luar

TMJ juga menegaskan yang baginda akan membawa tenaga dari luar negara untuk banyak aspek.

Sebagai contoh staf kejurulatihan dari luar negara untuk pasukan kebangsaan dan pakar pengadil dari Jepun untuk bahagian pengadil.

Mario Gomez / JDT – Kredit gambar : asiana.my

TMJ juga akan membawa pengarah sukan daripada luar negara untuk mengajar ilmu mengenai pengurusan bola sepak dengan lebih berkesan.

Namun semua ini bersifat semenatara kerana pakar-pakar dari luar ini akan mengajar warga tempatan. Sebaik sahaja warga tempatan sudah bersedia, mereka akan diberikan mandat untuk mengetuai.

Dan untuk itu, TMJ mahukan bekas pemain bola sepak negara menjadi pengganti kepada pakar dari luar negara tersebut selepas bersedia untuk mengetuai.

Kesimpulan

Berikut adalah intipati penting mengenai sesi pertemuan TMJ dengan penyokong, berikut adalah intipati lain yang kami peroleh:

  • Penyokong tidak perlu bergaduh keterlaluan, cukup sokong pasukan masing-masing.
  • TMJ akan berikan tumpuan menyeluruh juga untuk pembangunan futsal, bola sepak wanita dan bola sepak pantai.
  • Penjualan tiket terutamanya perlawanan akhir akan dijual mengikut kapasiti stadium dan tiada tiket tambahan lagi.
  • TMJ akan berusaha menukar semula gelaran pasukan kebangsaan dari Harimau Malaysia kepada Harimau Malaya semula.
  • Pembangunan akar umbi akan dipertingkatkan selepas ini merangkumi seluruh FA Negeri.
  • Kelab dan FA Negeri perlu lebih bijak dalam berbelanja (wujudkan padang latihan sendiri daripada tukar import baharu)
  • Kronisme tidak akan wujud sewaktu TMJ menerajui FAM.
  • TMJ mengaku baginda berasa 50-50 untuk menang jawatan FAM.
  • TMJ tak takut dengan Tan Sri Annuar Musa.

Jadi rakyat Malaysia, anda rasa TMJ adalah orangnya?

Baca juga: Analisis Taktikal: JDT Lebih Dinamik Dan Lancar Menentang Angkor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN