Tunku Ismail Beri Bayangan Tidak Akan Mengetuai FAM Dengan Begitu Lama

Tunku Ismail

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya menerusi paparan video di laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers memberikan gambaran bahawa akan melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 25 Mac 2017 itu.

Tunku Ismail menyifatkan keputusan tersebut harus diambil kerana merasakan baginda tidak akan terlibat bagi mengepalai persatuan sukan paling popular di tanah air itu dalam tempoh yang begitu lama.

“Saya ialah presiden yang akan cuba mencari duit untuk pasukan supaya dapat bertanding tanpa bebanan, betulkan struktur dan cuba buat yang terbaik untuk pasukan kebangsaan.”

”Selepas itu saya mengharapkan ada satu presiden baharu, Superman jadi Presiden FAM kerana saya tidak lama (sebagai presiden).”

Mengulas mengenai bilakah baginda akan melepaskan jawatan tersebut dan Tunku Ismail berkata: “Saya akan lepaskan jawatan sebagai Presiden FAM mungkin pada 2018 atau 2019. Ia bergantung tetapi lebih cepat lebih baik,”

Menurut Berita Harian, kenyataan dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ)  yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu disuarakan dalam sedutan video berkenaan azam Tunku Ismail sebagai Presiden FAM bermula daripada minit 3:49 sehingga minit 4:17.

Walaupun mendapat kecaman dari banyak pihak mengenai persembahan skuad negara, Tunku Ismail dilihat telah memberikan nafas baru dalam pentadbiran FAM yang sebelum ini lebih teruk dikecam pelbagai pihak.

Seandainya Tunku Ismail benar-benar mahu melepaskan jawatannya, bola sepak negara akan berdepan masalah dalam mencari pengganti yang benar-benar sesuai dalam meningkatkan mutu pengurusan dan kualiti bola sepak negara.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN