Penyokong Pulau Pinang Tunjuk Perasaan, Desak Zairil Khir Johari Berundur

Penyokong Pulau Pinang tunjuk perasaan mahu mendesak presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) yang baru dilantik iaitu Zairil Khir Johari berundur dari jawatan presiden FAP.

“Orang politik tak boleh masuk bola sepak!”

Penyokong Pulau Pinang tunjuk perasaan dalam satu perhimpunan di hadapan Penang Institute di Jalan Brown sempena mesyuarat agung tergempar (EGM) FAP untuk melantil Zairil sebagai presiden FAP.

Gambar oleh: Cerita Kedai Kopi Bolasepak Penang

Kata wakil penyokong, sejak Zairil mengemudi FAP pasukan seperti ada saja yang tidak kena.

Hal ini kerana menurut mereka, sungguh terserlah kelemahan Zairil dalam mengurus tadbir persatuan bola sepak.

Mereka merasakan hala tuju pasukan berada dalam posisi yang menyimpang. Dalam masa yang sama, prestasi para pemain juga merosot.

Ia merujuk kepada kekalahan 3 kali berturut-turut pasukan Pulau Pinang dalam Liga Super dari 3 perlawanan serta tidak menjaringkan sebarang gol dalam 3 perlawanan tersebut sambil memboloskan 4 gol.

Mereka mendesak agar Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berundur kerana tidak mahu campur tangan orang politik dalam urus tadbir FAP.

Zairil (berbaju biru muda) merupakan presiden baharu FAP. Gambar: FA Penang

“Kami mahu YB Zairil fokus dengan karier politik beliau sahaja. Jangan kacau Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.”

“Kami sayang dengan bola sepak Pulau Pinang, kami tak nak orang politk masuk dalam bola. Akibatnya kami (penyokong) merana seumur hidup.”

Zairil mengambil alih jawatan presiden FAP dari penyandang sebelumnya iaitu Dato’ Seri Nazir Arif Musyir Arif yang meletak jawatan secara mengejut Januari lalu.

Penyokong Pulau Pinang juga mencemuh Zairil yang dilabel sebagai “tidak mesra penyokong”.

“Presiden terdahulu ada mesra dengan penyokong, berani nak berhadapan penyokong Pulau Pinang.”

“Tapi lihat YB Zairil, beliau menolak bertemu dengan penyokong yang mahukan penjelasan seperti kami!”

Baca juga: Penyokong Pulau Pinang Protes, Mahu “Perosak Pasukan” Undur Diri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN