Djibril Cisse Bersara Dari Bola Sepak, Mahu Jadi DJ & Pengulas Selepas Bermain

Djibril Cisse bersara dari bola sepak selepas 17 tahun menjadi pemain bola sepak profesional.

Beliau mengambil keputusan untuk bersara selepas gagal kembali dari kecederaanya.

Dah lama bersara

Djibril Cisse bersara selepas 17 tahun beraksi pada usia 35 tahun.

Beliau mengambil keputusan untuk bersara yang boleh dikatakan persaraan kedua beliau dalam bola sepak!

Hal ini berlaku apabila bulan Oktober 2015 beliau mengambil keputusan untuk bersara selepas mengalami kecederaan.

Beliau kemudiannya memilih untuk bersara, tetapi berlatih dengan kelab pertama dalam kariernya iaitu Auxerre untuk mendapatkan semula kecergasan beliau.

Namun begitu, nasib beliau tidak bernasib baik apabila usaha beliau untuk mendapatkan kontrak bermain selepas itu tidak berhasil.

Lantas, beliau mengambil keputusan untuk bersara sepenuhnya.

Nak jadi DJ

Apa pelan karier Cisse selepas ini? Katanya beliau mahu jadi DJ selepas bermain!

Bukan DJ radio, tetapi menjadi DJ seperti DJ yang beraksi di disko dan juga konsert-konsert besar.

Selain itu juga beliau mahu menjadi penerbit rancangan serta menjadi pengulas!

Namun beliau bukanlah mahu menjadi pengulas seperti Abu Bakar Atan atau Martin Tyler, sebaliknya menjadi pengulas kedua atau penganalisis dalam perlawanan bola sepak seperti apa yang Gary Neville dan Jamie Carragher lakukan.

Cisse menjadi sebahagian daripada wira Liverpool yang memenangi UEFA Champions League pada 2005 dalam malan penuh keajaiban di Istanbul.

Selamat bersara buat Djibril Cisse, semoga berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan selepas ini!

Baca juga: Claudio Ranieri Disokong Pengurusan Leicester City Walaupun Prestasi Teruk

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN