Selepas teruk dikritik dengan isu cadangan ‘pemotongan gaji’ pemain sepanjang tempoh penangguhan Liga Malaysia (Liga-M), Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kini terpalit pula dengan isu tunggakan gaji pemain skuad Piala Presiden.
Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman ketika ditemubual Berita Harian bagaimanapun menjelaskan tunggakan tersebut tidak melibatkan gaji pada musim ini tetapi merupakan membabitkan pemain musim lepas.
Beliau kini dilaporkan sedang mengumpul segala maklumat yang diperlukan bagi mengemukakan laporan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai isu sebenar yang berlaku.
Kelantan FA Hanya Selesaikan Gaji Pemain Senior, Tidak Buat Pemain Belia? https://t.co/DcIiHuoY0c pic.twitter.com/KZM3R5zHYE
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 20, 2020
“Memang betul ada tunggakan membabitkan pemain skuad Piala Presiden tahun lalu dan ada di antara mereka sudah membuat laporan kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).
“Mungkin hari ini kita akan hantar laporan kepada FAM dan kami sedang mengumpul semua maklumat,” katanya.
Dari pihak SemuanyaBOLa, sebenarnya sudah beberapa kali kami mendedahkan isu tunggakan gaji pemain Piala Belia Kelantan pada tahun lepas dan juga awal tahun ini. Malangnya ia tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pengurusan KAFA.
EKSKLUSIF: Pemain Skuad Belia Kelantan FA Tidak Dapat Gaji Sejak 5 Bulan Lepas – https://t.co/N16y7a6ZD8 pic.twitter.com/H3LyqNosdA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 23, 2019
Berita pada Januari lepas, dua orang pemain telah menghubungi kami melaporkan gaji tertunggak mereka selama lima bulan masih belum diterima sedangkan sudah beberapa kali mereka cuba untuk mendapatkan jawapan daripada pihak pengurusan.
Sedangkan ketika itu, pasukan Kelantan dilihat amat ‘bernafsu’ dalam mendapatkan pemain-pemain baharu termasuk beberapa pemain import untuk didaftar bersama pasukan.
“Nok makey nasik pong korek tabung cari skeleng ni bey,” ujar seorang pemain kepada kami di dalam dialek Kelantan.
Pasukan Belia Kelantan ‘Korek Syiling Beli Nasi’ Kerana Tidak Terima Gaji – https://t.co/DphDisqZEd pic.twitter.com/8f8sZkXWug
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 1, 2019
FAM kini dilaporkan dalam fasa kedua proses pemutihan hutang yang mana membabitkan tunggakan bayaran dengan agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta masalah tunggakan gaji skuad Piala Presiden dan Piala Belia.
Kredit Foto: Kelantan FA