Kerana Van Dijk, Karier 3 Pemain Liverpool Ini Berubah

Van Dijk

Sejak kehadiran beliau ke Liverpool, pemain pertahanan Virgil Van Dijk jelas telah memberikan impak yang begitu besar kepada pasukan.

Itu merupakan kesan yang kita boleh nampak secara umum, namun bagi pemain Brighton & Hove Albion iaitu Glenn Murray, terdapat tiga pemain yang karier mereka semakin meningkat sejak Van Dijk bersama mereka.

Menurut laporan Liverpool Echo, Murray mengatakan Van Dijk telah menjadikan Andy Robertson, Joe Gomez dan Trent Alexander-Arnold sebagai pemain yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Saya rasakan yang beliau telah mara ke depan berbanding yang lain dan ini terbukti dalam kejayaan Liverpool sejak beliau tiba di kelab.”

“Saya pasti beliau telah buatkan pemain yang berada disekelilingnya [barisan pertahanan Liverpool] menjadi terbaik terutamanya dua pertahanan sisi dan Joe Gomez.”

Van Dijk yang datang dengan reputasi besar jelas memberikan impak kepada pasukan, beliau juga berjaya membentuk keserasian baik bersama-sama Gomez dan juga Joel Matip apabila digandingkan bersama.

Beliau dibeli dengan harga £75 juta dari Southampton.

Baca juga artikel kami mengenai Virgil Van Dijk:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN