Tuchel Tidak Akan Pilih Neymar Sebagai Kapten, PSG Teruskan Proses Rayuan

Juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) merancang untuk menghantar rayuan terhadap hukuman gantung tiga perlawanan yang dikenakan oleh badan pentadbir liga.

Namun demikian pengurus pasukan, Thomas Tuchel berpendapat pihak kelab sepatutnya menerima hakikat pemain itu telah melakukan kesilapan – kerana bertindak menumbuk muka seorang penyokong.

Dalam laporan oleh Goal, Tuchel juga berkata Neymar tidak akan menjadi kapten PSG yang seterusnya.

Hukuman gantung

Semalam Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) berkata Neymar harus menjalani hukuman gantung sebanyak tiga perlawanan selepas insiden membabitkan seorang penyokong lawan selepas PSG tewas di perlawanan akhir Piala Perancis.

PSG bercadang melakukan rayuan terhadap hukuman tersebut, namun Tuchel berpendapat ia adalah hukuman yang wajar diberikan kepada pemain antarabangsa Brazil itu.

Tuchel juga berkata Neymar seharusnya mempamerkan sifat kepimpinan beliau ketika beraksi di atas padang.

Tetap kesalahan

Bagi Tuchel, tindakan balas oleh Neymar terhadap penyokong Rennes itu adalah tetap satu kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku dari pemain tersebut.

“Kita [PSG] harus menerima hukuman ini,” ujar Tuchel dalam satu sidang media.

“Ia adalah satu kesalahan.

“Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan diri anda adalah seorang pemimpin di dalam pasukan.

“Neymar diibaratkan seperti seorang artis, seorang pemain yang kreatif. Dengan kualiti dan keberanian yang dimiliki, beliau boleh menjadi pemimpin di dalam pasukan.

“Namun setakat ini saya masih berpuas hati dengan Thiago Silva dan Marquinhos. Saya tidak akan mengubah itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN