Man Utd Semakin Hampir Bawa Masuk Pemain Sayap Swansea City

Media British Sky Sports melaporkan Manchester United hampir pasti untuk mencapai persetujuan dengan Swansea City untuk mendapatkan pemain sayap, Daniel James.

Pemain berusia 21 tahun itu memiliki kontrak di Swansea sehingga 2020, dan tawaran kontrak baharu telah dibincangkan pada Mac lalu dengan wakil pemain tersebut mahukan klausa pembelian semula dimasukkan bersama kontrak.

SWANSEA, WALES – FEBRUARY 17: Daniel James of Swansea City scores his team’s second goal during the FA Cup Fifth Round match between Swansea and Brentford at Liberty Stadium on February 17, 2019 in Swansea, United Kingdom. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Sebelum itu James dilaporkan hampir menyertai Leeds United pada Januari lalu, sebelum kelab dari Wales tersebut membatalkan urusniaga dengan Leeds di hari terakhir jendela perpindahan.

Malah James dikatakan sudah menjalani pemeriksaan kesihatan bersama Leeds, sebelum Swansea bertindak mengubah fikiran untuk menjual pemain itu.

James menjaringkan gol sulung di peringkat antarabangsa dalam penampilan sulung untuk Wales di bawah kendalian Ryan Giggs – dalam kemenangan 1-0 ke atas Slovakia di Cardiff pada Mac lalu.

CARDIFF, WALES – MARCH 24: Ryan Giggs, Manager of Wales embraces Daniel James of Wales during the 2020 UEFA European Championships group E qualifying match between Wales and Slovakia at Cardiff City Stadium on March 24, 2019 in Cardiff, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Selain Manchester United, beberapa kelab utama EPL turut dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Ole Gunnar Solskjaer ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media menjelang hari perlawanan enggan menjawab terus soalan berkenaan James.

Namun beliau menekankan mengenai polisi pembelian baharu yang mengutamakan pemain muda – yang mampu kekal lama di Old Trafford – seperti Wayne Rooney dan juga Cristiano Ronaldo.

SWANSEA, WALES – FEBRUARY 17: Swansea player Daniel James in action during the FA Cup Fifth Round match between Swansea and Brentford at Liberty Stadium on February 17, 2019 in Swansea, United Kingdom. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

“Ronaldo bukan pemain yang lengkap. Wayne Rooney juga bukan pemain yang lengkap. Ramai pemain tiba [di Old Trafford] dan kemudiannya dibentuk untuk menjadi pemain bintang,” ujar Solskjaer.

Jika anda tertanya-tanya. Daniel James adalah seorang pemain penyerang sayap yang boleh beraksi di sebelah kiri dan kanan.

Beraksi bersama Swansea, James biasanya beraksi sebagai pemain sayap kiri. Beliau mempunyai larian yang pantas, dan gemar melakukan cut-inside, sebelum melakukan percubaan dengan kaki kanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN