Tuchel Nafi Ada Hubungan Buruk Dengan Mbappe

Pengurus Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel telah menafikan sekeras-sekerasnya kepada media yang dirinya mengalami masalah hubungan dengan pemain utamanya, Kylian Mbappe.

Dalam sebuah sidang media yang dilakukan, Tuchel mengatakan yang hubungannya bersama pemain itu adalah baik-baik saja dan tidak mengalami sebarang keretakan.

“Tiada apa-apa,” jawab Tuchel kepada media secara ringkas.

Tuchel berkata demikian kerana media dari Sepanyol cuba mencipta khabar angin yang dua pihak ini sedang mengalami masalah.

Malah beliau juga berseloroh yang media Sepanyol ada di setiap sudut kelab itu cuba untuk mencari berita melibatkan Tuchel dan Mbappe.

“Media Sepanyol ada di mana-mana, di bilik persalinan dan juga pejabat saya pun mereka ada. Jadi cukup penting untuk saya menjawab soalan daripada mereka.”

“Hubungan saya dengan Kylian Mbappe sentiasa baik, saya suka bekerja dengan beliau dan saya gembira beliau bersama kami.”

Tambah Tuchel lagi, beliau tidak akan berhenti meminta Mbappe untuk meningkatkan prestasi dirinya kerana itulah caranya untuk memajukan seorang pemain yang berbakat.

“Ia merupakan sebuah cabaran buat jurulatih untuk sentiasa mahukan yang terbaik daripada pemain kerana kami tidak akan pernah puas.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN