Smalling Hampiri Perpisahan Dengan Manchester United

Pemain pertahanan, Chris Smalling kini menghampiri detik perpisahan bersama-sama kelab majikannya iaitu Manchester United.

Hal ini kerana, beliau yang kini bersama-sama dengan AS Roma di Itali secara pinjaman dijangka bakal berpindah ke kelab itu secara tetap.

Menurut laporan Gianluca Di Marzio, perpindahan tersebut dijangka akan dilengkapkan pada minggu hadapan dengan nilai yang cukup rendah terutamanya bagi pasaran bola sepak Inggeris.

Bayaran sebanyak €12 juta akan diberikan termasuklah dengan bonus bernilai €3 juta akan ditambah untuk melengkapkan perpindahan sebanyak €15 juta secara keseluruhan.

Sekiranya perpindahan ini berlaku, pastinya baik buat Smalling yang kini menikmati musim yang baik bersama pasukan sementaranya di Itali.

Malah lebih menarik, Smalling juga telah menjaringkan gol untuk AS Roma selepas beliau mengegar gawang Genoa dalam kemenangan 4-0 dalam aksi liga tempoh hari.

Setakat artikel ini ditulis di England, belum ada khabar mengenai perpindahan Smalling secara tetap ke AS Roma, sebaliknya hanya ada kisah mengenai potensi mengenai kepulangan semula beliau ke Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN