Tuchel: “Kami Tak Layak Kalah Dengan Man City”

Thomas Tuchel

Pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel berasakan yang pasukannya tidak sepatutnya mengalami kekalahan kepada Manchester City dalam pertemuan mereka.

Dalam perlawanan pertama suku akhir UEFA Champions League semalam, Bayern dimalukan oleh City di laman lawan dengan jaringan 3-0 sekali gus menyusahkan perjalanan gergasi Jerman itu menjelang aksi timbal balik.

Bercakap selepas perlawanan, Tuchel mengatakan yang pasukannya lebih kepada “tidak bernasib baik” dalam perlawanan semalam.

Buktinya, jaringan jarak jauh Rodri menggambarkan betapa tiada tuahnya Bayern di Manchester.

“Jika Manchester City memperoleh jaringan dengan cara sebegitu, maka tugasan kami akan menjadi benar-benar sukar.

“Reaksi yang diberikan [selepas bolos gol pertama] adalah amat baik. Namun di separuh masa kedua, ianya lebih baik.

“Ketika di mana gol akan memberikan semangat yang tinggi buat kami, perkara sebaliknya pula berlaku,” kata Tuchel menerusi Sky Sports.

Gol daripada Rodri pada separuh masa pertama kemudiannya disusuli oleh jaringan Bernardo Silva dan Erling Haaland di separuh masa kedua melengkapkan malam gemilang City.

Sungguh pun tewas dengan jaringan besar, namun Tuchel tidak mengaku kalah kerana masih lagi ada aksi timbal balik untuk diharungi.

“Kami tidak memperoleh hasil yang diharapkan selepas mempamerkan usaha yang sepatutnya.

“Perlawanan ini tidak akan tamat selagi kami tidak masuk ke bilik persalinan untuk mandi,” ujar Tuchel.

Satu lagi aksi Eropah semalam melibatkan Benfica dan Inter Milan dengan wakil Serie A itu menang selesa di Lisbon.

Gol daripada Nicolo Barella dan Romelu Lukaku memberikan bekalan selesa buat Inter menjelang aksi timbal balik di Milan selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN