Tuchel Beri Jaminan Areola Pilihan Utama Untuk Jadi Nombor 1

Pengurus PSG, Thomas Tuchel menyatakan yang beliau akan menggunakan kuasa beliau sepenuhnya dalam pemilihan penjaga gol nombor 1.

Kehadiran Gianluigi Buffon dirasakan membantutkan pembangunan Areola untuk menjadi penjaga gol no.1 di PSG.

Tuchel memberikan jaminan bahawa Areola ada kelebihan untuk menjadi penjaga gol nombor 1 mereka.

Areola melakukan debut senior bersama skuad Perancis dalam minggu antarabangsa. Beliau beraksi cemerlang.

Tuchel menyatakan beliau sentiasa menyokong bakat tempatan ataupun homegrown untuk dibangunkan menjadi pemain utama.

Ini termasuk Presnel Kimpembe, Adrien Rabiot dan Kylian Mbappe.

Areola sudah 5 musim bersama dengan PSG.

“Ya saya yang akan memilih. Keputusan akhir di tangan saya. Dan pada pandangan saya, Areola berada dalam kedudukan terbaik untuk no. 1.”

“Dia datang daripada akademi. PSG adalah segalanya bagi beliau. Dan dia sememangnya cuba membuktikan sesuatu kepada PSG.”

“Ini adalah situasi yang perlu dihormati. Kami juga perlu berbangga kerana ada pemain-pemain seperti ini. Kami perlukan perkara seperti ini untuk jiwa kelab ini.”

“Kami ada situasi berbeza dengan Buffon, beliau adalah legenda. Beliau adalah idola kepada Areola.”

“Kedua-dua pemain ada personaliti yang kuat.”

“Kami perlu bijak mengendalikan keadaan. Gigi dan Alphonse tahu akan hal ini. Jika anda faham, dalam konfigurasi ini anda kena bijak dan baik dengan kedua-dua mereka.”

“Saya yakin kami akan mendapat manfaat daripada situasi ini.”

Tuchel menyatakan yang Buffon akan sentiasa menyokong Areola. Walaupun kadangkala reaksi beliau seperti kecewa di bangku simpanan. Namun itu hanyalah spekulasi.

Tuchel juga memberitahu yang Buffon seorang yang sentiasa menyokong dan bercakap dengan semua pemain serta cuba membantu mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN