5 Pemain Futsal Hebat Malaysia Yang Berpendidikan Tinggi

Futsal bukanlah sukan yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia pada ketika ini.

Andai kita meninjau ke gelanggang futsal di seluruh negara, boleh dilihat penglibatan menggalakkan dari netizen secara santai mahupun serius terhadap sukan lima sebelah ini.

Perkembangan futsal di Malaysia juga semakin menunjukkan peningkatan dengan keupayaan skuad futsal negara bersaing hebat dengan kuasa futsal di Asia Tenggara seperti Thailand dan Vietnam.

Peningkatan yang dijelmakan skuad negara tidak keterlaluan untuk diperkatakan adalah hasil penganjuran Liga Futsal Kebangsaan yang berjaya melahirkan para pemain yang berkualiti.

Dalam pada itu, pembangunan pemain yang dilahirkan dari Liga Institut Pengajian Tinggi (IPT) juga tidak wajar dipandang enteng.

Hasilnya, terdapat ramai pemain kelahiran produk Liga IPT yang menyinar serta ada diantaranya menjadi tonggak utama buat skuad negara ketika ini.

Mereka juga bukan sahaja tangkas di gelanggang, malahan merupakan pemain yang mempunyai kelulusan di peringkat IPT.

Antara pemain futsal hebat yang berpendidikan tinggi ialah:

1) Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin 

Pemain lincah yang baru sahaja membantu Melaka United menjuarai Liga Futsal Kebangsaan 2018 itu merupakan lulusan Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Khairul Effendy yang memiliki skill individu serta ketajaman penyudah yang berbisa sering menjadi sandaran utama bagi skuad futsal kebangsaan.

Pemain yang dikenali dengan panggilan ‘Ayon’ itu juga cukup popular di Indonesia selepas beliau menabur bakti buat SKN Kebumen dalam saingan Liga Futsal Indonesia pada awal tahun.

2) Saiful Nizam Mohd Ali 

Pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini juga merupakan pemain skuad futsal kebangsaan yang kini dibimbing Chiew Chun Yong.

Corak permainan keras dan semangat juang kental serta memiliki kualiti rembatan yang baik menjadi senjata buat pemain berusia 27 tahun ini.

Liga Futsal Kebangsaan bukan asing buat Saiful Nizam apabila beliau telah mengecapi kejuaraan tersebut ketika beraksi bersama Felda United dan Melaka United.

3) Mohd Noor Azrin Adnan

Penjaga gol kental yang turut mampu beraksi dengan baik sebagai penjaga gol bola sepak ini merupakan lulusan UiTM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘Lalat’ itu adalah bekas penjaga gol futsal kebangsaan ketika skuad negara dibimbing jurulatih dari Brazil, Marcelo Serpa.

Ketangkasan Noor Azrin dalam menangkis setiap asakan dari pasukan lawan seringkali mendapat tumpuan dan membuatkan penonton kagum dengan aksi yang dipamerkannya.

4) Muhammad Azri Rahman 

Penjaring terbanyak Liga Futsal Kebangsaan 2017 dan 2018 ini merupakan pelajar lepasan Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur dalam Diploma Teknologi Pengurusan (Perakaunan).

Beliau yang berusia 24 tahun merupakan seorang pemain yang bijak menggunakan peluang yang dimilikinya. Kemahiran mengawal bola yang begitu baik juga menjadi senjata utama buatnya.

Tidak hairanlah beliau menjadi tonggak utama buat skuad negara dan juga Melaka United pada ketika ini.

5) Yakish Rao A/L Kannanyadu 

Pemain KL City dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan 2018 ini merupakan lepasan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.

Walaupun tidak pernah mewakili skuad negara, Yakish mempunyai kualiti yang menjadikannya sebagai seorang pemain futsal yang baik.

Beliau juga bijak dalam merangka serangan bagi membuka ruang buat rakan sepasukan mencipta jaringan dan seorang yang begitu bekerja keras ketika beraksi serta kedua-dua belah kakinya mempunyai kekuatan bagi melepaskan rembatan.

Futsal + ijazah = UNITAR!

5 pemain futsal yang kami nyatakan di atas membuktikan pendidikan universiti bukan sahaja membolehkan mereka menjamin masa depan kerjaya, malah turut membantu mencapai impian mereka menjadi atlet.

Di UNITAR International University (UNITAR), anda boleh mengecapi dua impian ini serentak. UNITAR bukan sahaja menyediakan platform pendidikan bertaraf dunia yang selesa dan berkualiti, tetapi turut menitikberatkan gaya hidup sihat pelajarnya.

Ini terbukti dengan adanya gelanggang futsal, UNISTARS Arena Futsal UNITAR yang menyamai standard profesional. UNISTARS Arena Futsal UNITAR turut menjadi tumpuan pelajar untuk menjadi lokasi pertemuan pelajar bertemu, bertukar fikiran, berbincang dan mengeluarkan pendapat.

Terletak di aras tiga, Kampus Induk UNITAR Kelana Jaya, Arena Futsal dibuka percuma untuk semua pelajar.

UNITAR merangkumi program Pengajian Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang seperti Perakaunan, Perniagaan, Kewangan, Teknologi Maklumat, Komunikasi, Pendidikan Awal kanak-kanak, Pendidikan, Bimbingan Dan Kaunseling, Kemanusiaan, Hospitaliti, Kulinari dan Pelancongan.

Jom sambung belajar di UNITAR!

UNITAR berbesar hati menjemput anda yang berminat menyambung pelajaran untuk menyertai “Hari Terbuka UNITAR 2018” pada 22 dan 23 September 2018 dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Acara ini bertempat di Kampus Induk UNITAR, Kelana Jaya.

Pelbagai aktiviti menarik dan promosi istimewa bagi pengambilan Oktober menanti anda. Jom sambung belajar di UNITAR!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN