Thomas Tuchel percaya skuad Chelsea pada ketika ini sedang sangat terjejas kerana kebanyakkan pemain sedang sibuk berfikir untuk tinggalkan kelab.
Pengurus dari Jerman itu juga percaya kekalahan 4-0 mereka bertemu Arsenal hari ini adalah berpunca dari masalah sama.
Chelsea dibelasah teruk oleh Arsenal di Orlando, seterusnya mengakhiri sesi jelajah mereka di Amerika Syarikat dengan kekalahan yang sangat memalukan.
Thomas Tuchel makes concerning Chelsea admission after Arsenal pre-season humiliation | @MirrorDarren https://t.co/egYp65SyIl pic.twitter.com/Olj5ydXG9k
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 24, 2022
Skuad The Blues pulang ke London dengan kehampaan dan para peminat bimbang mereka akan memulakan kempen musim ini dengan sangat teruk.
Terlalu banyak hal yang perlu diperbaiki oleh skuad Chelsea sebelum bermulanya musim baharu nanti.
Thomas Tuchel sendiri mengakui yang beliau tak rasa skuadnya akan mampu bersedia untuk menghadapi saingan musim baharu dengan mereka kini hanya mempunyai tempoh dua minggu sahaja lagi.
Chelsea dilihat sangat tidak bersedia dan mereka sepertinya terlalu jauh ketinggalan di belakang Arsenal dari segala segi.
#CFC fans, look away now… 😬
Thomas Tuchel was absolutely fuming with his players following a 4-0 thumping from the Gunners.
⬇️ #BBCFootball
— BBC Sport (@BBCSport) July 24, 2022
The Blues juga hanya mempunyai baki satu sahaja lagi aksi perlawanan persahabatan dengan mereka selepas ini bakal beraksi bertemu Udinese.
Pengurus Chelsea itu menganggap mental para pemainnya langsung tak bersedia untuk beraksi bersama skuad Chelsea pada ketika ini.
Pengurus dari Jerman itu percaya yang hal itu berpunca dari pemikiran para pemain yang sudah tiada hati untuk kekal di Stamford Bridge.
“Saya lihat skuad yang ada pada Arsenal sekarang, mereka mempunyai komitmen dari segi mental dan fizikal yang tak mampu kami tandingi.”
“Hal ini kerana kami ada ramai pemain yang sedang berfikir untuk meninggalkan kelab dan sedang mempertimbang pilihan mereka.”
“I saw today a team in Arsenal who are mentally committed to an idea of playing. We were absolutely not competitive'
Furious Thomas Tuchel launches astonishing assessment of Chelsea's problems post Arsenal thrashing | @Matt_Law_DT #CFC https://t.co/oaFOvJpWrg
— Telegraph Sport (@TelegraphSport) July 24, 2022
Jelas Tuchel ketika bercakap dalam temu bual selepas tamat perlawanan bertemu Arsenal.
“Saya rasa itu sangat jelas.”
Chelsea pada musim panas ini baru melengkapkan dua pembelian sahaja setakat ini dengan mereka berjaya melengkapkan pembelian Kalidou Koulibaly dan Raheem Sterling.
Skuad The Blues itu sangat berharap mereka akan mampu untuk mendapatkan pemain tambahan sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup.
Jules Kounde dari Sevilla merupakan antara pemain yang benar-benar Thomas Tuchel harapkan bakal menyertai Chelsea pada musim panas ini.
🗣 "Far from relaxed. I think we deserved to lose because we were simply not good enough. We were absolutely not competitive. The worrying part is the level of commitment.”
Thomas Tuchel was fuming with his sides humiliating 4-0 defeat to Arsenal last night. 👀 pic.twitter.com/RWa8j7ixHH
— Football Daily (@footballdaily) July 24, 2022
Beliau sudah mengadakan rundingan bersama pemilik kelab, Todd Boehly untuk menyatakan apa yang beliau mahukan bagi memperkuat skuad sedia ada, namun malangnya permintaan beliau masih belum ditunaikan.
Pengurus berusia 48 tahun itu kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan bahawa:
“Kami sudah meminta pihak kelab untuk segera mendapatkan pemain berkualiti dan kami juga ada ramai pemain yang berkualiti.”
“Kita ada dua pemain berkualiti, tiada keraguan, tapi kita tak cukup kompetetif seperti ini dan kamu boleh nampak itu pada hari ini.”
Ia jelas sekali satu malam yang sangat mengecewakan untuk kem Chelsea dan mereka pada ketika ini sedang dalam usaha untuk mencari jalan keluar dari kemelut yang sedang melanda kelab.
"I think we deserved to lose." 👀
"The worrying part is the level of commitment." 😬
Thomas Tuchel's brutally honest assessment of @ChelseaFC's performance against Arsenal! 🗣️ pic.twitter.com/80D9ym5RRc
— SPORF (@Sporf) July 24, 2022
Thomas Tuchel sedang sangat kecewa pada ketika ini, namun beliau percaya masih ada jalan keluar untuk Chelsea.
“Saya rasa kami berhak untuk kalah, yang mana ia keputusan yang sangat adil, kerana kita memang tak cukup bagus.”
Tambah Tuchel lagi.
“Apa yang membimbangkan sekarang adalah komitmen pemain dari segi mental dan fizikal, kita memang jauh ketinggalan di belakang Arsenal.”
“Kita boleh pertikaikan yang mereka ada kesebelasan utama yang lebih kuat, kita tak turunkan yang terbaik dan ini hanya sebahagian dari penjelasan tapi itu hanya masalah kecil sahaja.”
Thomas Tuchel fired a warning over Chelsea's transfer activity and questioned his existing players' commitment after watching his side lose 4-0 to #Arsenal in Orlando.#CFC pic.twitter.com/G4Ro7bWadd
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) July 24, 2022
“Saya tak ingat kali terakhir kita kalah 4-0 ketika pra musim atau dua kekalahan berturut-turut.”
“Saya sememangnya penggemar aksi pra musim yang sempurna, tapi ia tak bermaksud pra musim yang hebat akan menjanjikan musim yang hebat.”
“Kami terbang ke rumah sekarang dan Selasa nanti kami sudah perlu ada penyelesaian dan perlu kembali bangkit dan mencari jalan untuk berdepan dengan semua ini kerana ia sangat menyakitkan.”