Tuah Izham Tarmizi Musim 2022, Dari Pentas Liga Premier Ke Saingan ACL

Umpama rezeki datang bergolek, itulah yang boleh dikatakan buat penjaga gol Johor Darul Takzim iaitu Izham Tarmizi mengenai perlawanan semalam sewaktu JDT menewaskan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Dalam aksi tersebut, Izham masuk bagi menggantikan penjaga gol utama ketika itu, Haziq Nadzli yang mengalami kecederaan pada minit ke-74 selepas pemain itu mengalami kecederaan di bahagian bahu setelah terlibat dalam insiden perlanggaran bersama penyerang Ulsan Hyundai iaitu Mark Koszta.

Nyata pemain ini tidak mempersiakan peluang yang diberi oleh Benjamin Mora apabila tampil yakin beraksi termasuk menyelamatkan satu percubaan tepat yang dibuat oleh salah seorang pemain Ulsan Hyundai bagi mengelakkan JDT terikat seri.

Dari Liga Premier 2022 ke pentas ACL 2022

Sebelum ini, nama beliau turut tersenarai dalam bangku simpanan JDT ketika mereka menewaskan Guangzhou FC setelah Farizal Marlias mengalami kecederaan ketika dalam saingan Liga Super sewaktu menentang Terengganu memberi ruang buat Benjamin Mora meletakkan Haziq selaku penjaga gol utama dan membawa masuk khidmat Izham selaku penjaga gol simpanan.

Pada musim ini, Izham Tarmizi sudah pun mencatat satu clean sheet sewaktu JDT II menewaskan cabaran Kelantan United dalam saingan Liga Premier dengan keputusan 2-0.

Kelibat penjaga gol ini mungkin tidak banyak dapat diperkatakan sejak 2-3 musim ini bersama JDT apabila lebih banyak mengisi bangku simpanan setelah Farizal Marlias tampil begitu cemerlang bersama skuad tersebut selaku pilihan utama penjaga gol.

Izham sertai skuad awal pembentukan JDT

Izham Tarmizi menyertai gergasi dari selatan tanah air itu pada tahun 2014 setelah sebelum itu beliau tampil cemerlang bersama skuad Harimau Muda A dan skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) bagi memperkuatkan JDT yang ketika itu masih lagi baru dibentuk untuk saingan Liga Malaysia.

Beliau mula menyinar dalam sukan bola sepak ketika bersama T-Team pada tahun 2009 sebelum menyertai Harimau Muda B dan Harimau Muda A yang mula menaikkan nama Izham selaku salah seorang penjaga gol negara.

Antara kejayaan yang direkodkan Izham sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional ialah memperoleh pingat emas dalam saingan Sukan Sea 2011 serta menjadi pemain terbaik bulan Mei 2016 setelah tampil konsisten bersama JDT ketika itu.

Antara aset yang dapat dilihat pada Izham sudah tentu mengenai suara beliau yang lantang dari gawang gol untuk memberi arahan buat rakan pertahanan selain refleksi beliau yang sangat cekap untuk menepis atau menangkap bola percubaan lawan.

Pada tahun 2016 juga menjadi tahun gemilang buat Izham apabila turut tampil cemerlang bersama skuad kebangsaan yang dikendalikan oleh Ong Kim Swee apabila mencatat tiga clean sheet sewaktu menentang Myanmar dan play-off Piala Asia untuk bertemu Timor Leste sebanyak dua kali.

Walaupun jarang beraksi, Izham langsung tidak gentar atau gugup sebagai pemain gantian pada perlawanan malam tadi dan ini jelas membuktikan JDT berjaya membentuk semua pemain untuk sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekiranya diturunkan.

Berdasarkan pengamatan, khidmat Izham bakal terus digunakan pada perlawanan seterusnya bagi bertemu Kawasaki Frontale setelah Farizal Marlias dilihat masih belum cukup baik untuk dibawa turun beraksi serta Haziq yang mungkin memerlukan rehat lebih lama akibat kecederaan semalam.

Kesimpulan

Izham Tarmizi bukanlah seorang penjaga gol yang calang-calang jika dilihat pada rekod kegemilangan beliau sebelum ini.

Beliau antara pemain yang sentiasa yakin dan komited bersama pasukan biarpun agak sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Aksinya semalam bakal memberi kembali nafas baharu buat Izham untuk kembali memeriahkan bola sepak negara dan jika beliau terus konsisten, Kim Pan-gon pastinya mempunyai pilihan terbaharu dalam terus menilai beliau sebagai salah seorang calon penjaga gol kebangsaan.

Buat para penyokong JDT, terus berikan sokongan buat beliau kerana setakat ini hanya Izham yang sebetulnya cergas dan bebas daripada sebarang isu kecederaan untuk menjadi pilihan Benjamin Mora pada perlawanan akan datang.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN