ACL 2022: ‘Duo’ Bergson Dan Forestieri Bantu JDT Lakar Kemenangan Bergaya Atasi Ulsan Hyundai

Gandingan berbisa Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri terus menjadi igauan musim ini bukan sekadar di peringkat domestik, malah terbukti di peringkat antarabangsa apabila terus cemerlang meledak gol untuk membantu pasukan diwakili mereka meraih kemenangan

Johor Darul Takzim terus melakar kejayaan yang cemerlang dalam saingan ACL musim 2022 apabila kali ini mereka berjaya menewaskan cabaran pasukan dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Fernando Forestieri terlebih dahulu membuka jaringan awal permainan pada minit ke-3 untuk mengejutkan Ulsan Hyundai menerusi percubaan jarak jauh yang hanya mampu dipandang sahaja oleh penjaga gol lawan bagi meletakkan JDT di hadapan.

Sehingga 10 minit permainan berlangsung, nyata kedua pasukan seimbang membalas serangan dengan JDT dilihat berdisiplin menyerap segala bentuk asakan lawan daripada dibolosi.

Intensiti permainan berlangsung dengan agak perlahan selepas 20 minit permainan berlangsung dengan barisan pemain Ulsan Hyundai lebih banyak melakukan hantaran sesama sendiri di bahagian bawah setelah agak buntu untuk memecah masuk benten pertahanan JDT.

Pada minit ke-25, Nazmi Faiz Mansor hampir menambah gol kedua buat JDT setelah pemain ini turut melepaskan percubaan deras dari luar kotak penalti sebelum ditepis oleh Jo Hyeonwoo bagi menyelamatkan gawang gol Ulsan Hyundai.

Leonardo hampir menyamakan kedudukan buat Ulsan Hyundai, namun tandukan kencang pemain tersebut hanya menggegar palang gol pada minit ke-35 setelah menerima umpanan dari sebelah kiri.

Ulsan Hyundai kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi hantaran lintang dari sebelah kanan yang disudahkan dengan cemerlang menerusi pemain gantian, Um Won-sang untuk menewaskan Haziq Nadzli.

JDT nyata lebih banyak bertahan di separuh masa kedua apabila pasukan lawan lebih banyak menguasai permainan menerusi siri serangan yang berbahaya bagi mencari gol pendahuluan.

Pada minit ke-74, Haziq Nadzli terpaksa diusung keluar bagi memberi laluan kepada Izham Tarmizi menggantikan beliau selepas pemain itu mengalami kecederaan di bahagian bahu setelah terlibat dalam insiden perlanggaran bersama penyerang Ulsan Hyundai iaitu Mark Koszta.

JDT kembali menggamatkan Stadium Sultan Ibrahim apabila penyerang mereka, Bergson Da Silva berjaya meledak gol kedua mereka pada minit ke-79 setelah menerima hantaran cantik daripada pemain gantian, Safawi Rasid.

Keputusan perlawanan kekal sehinga wisel penamat dibunyikan apabila JDT berjaya menewaskan Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva.

Gol pelawat pula terhasil menerusi pemain gantian, Um Won-sang dan mereka nyata tidak berjaya lagi untuk menembusi benteng kebal pasukan yang mewakili Malaysia itu.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Kesebelasan Utama Ulsan Hyundai

Lim Jongeun

Park Yongwoo

Yun Illok

Jun Amano

Leonardo Nascimento

Valeri Qazaishvili

Lee Myung Jae

Kim Younggwon

Jo hyeonwoo (Penjaga Gol)

Kim Tae Hwan

Lee Chungyong (Kapten)

Kesebelasan Utama Johor Darul Takzim

Matthew Davies

Bergson Da Silva

Leandro Velazquez

Shane Lowry

Nazmi Faiz

La’vere Corbin Ong

Haziq Nadzli (Penjaga Gol)

Natxo Insa (Kapten)

Shahrul Mohd Saad

Arif Aiman

Fernando Forestieri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN