Penyerang veteren, Kazuyoshi Miura atau lebih dikenali dengan gelaran ‘King Kazu’ akan meneruskan karier profesionalnya pada usia 55 tahun pada musim ini.
Bekas penyerang kebangsaan Jepun itu disahkan menyertai kelab divisyen keempat Jepun, Suzuka Point Getters secara pinjaman dari Yokohama FC yang tersingkir dari divisyen utama pada penghujung musim lalu.
Suzuka kini diuruskan oleh abangnya, Yasutoshi dan perpindahan tersebut bermakna Miura akan terus melebarkan rekodnya untuk beraksi dalam musim ke-37.
👑 King Kazu on the move!
🇯🇵 Kazuyoshi Miura, who turns 5️⃣5️⃣ in February, leaves Yokohama FC & signs for Suzuka Point Getters! 😍 pic.twitter.com/CPQs1Z4wQy
— AFC (@theafcdotcom) January 11, 2022
“Saya bersyukur kerana berpeluang bermain di sini dan akan melakukan yang terbaik untuk memberi sumbangan kepada kelab dengan aksi di atas padang,” ujarnya yang akan berusia 55 tahun pada Februari ini.
Perjalanan Miura bermula di Brazil selepas beliau berkelana ke negara Amerika Selatan itu seorang diri pada 1982 ketika berusia 15 tahun dan menyertai Clube Atletico Juventus, sebuah kelab remaja yang berpangkalan di Sao Paulo.
Beliau menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Santos sebelum menyertai beberapa kelab Brazil yang lain termasuk Palmeiras dan Coritiba sebelum kembali ke Jepun pada 1990.
Kazuyoshi Miura 10 marca 2021 w meczu ligowym z Urawa Reds (0:2) stał się pierwszym i jedynym zawodnikiem, który zagrał w każdej z ostatnich pięciu dekad na poziomie profesjonalnym !!! Więcej znajdziecie tutaj:https://t.co/ShqXr8zirq pic.twitter.com/beb4Pkj0Ma
— Łukasz Hulisz (@UHulisz) March 13, 2021
Sewaktu bersama Verdy Kawasaki, kelab Itali, Genoa telah meminjamnya untuk tempoh semusim dan kembali semula ke Jepun untuk menyertai beberapa pasukan lain dan sempat beraksi bersama kelab Croatia dan Australia. Suzuka merupakan kelab ke-15 dalam kariernya.
Miura juga merupakan pemegang rekod pemain paling tua memuat penampilan di J-League pada Mac tahun lalu ketika berusia 54 tahun 12 hari apabila dimasukkan sebagai pemain gantian ketika berdepan Urawa Reds.
📸 PHOTO OF THE WEEK | 👑 Kazuyoshi Miura of @yokohama_fc made history once again when he stepped onto the pitch against Urawa Reds at the age of 54 years and 12 days, breaking his own record for oldest player appearance in J.LEAGUE history.
© J.LEAGUE – All Rights Reserved pic.twitter.com/l2nwjIqT5M
— J.LEAGUE Official (English) (@J_League_En) March 12, 2021
Ketika bersama pasukan negara matahari terbit itu, beliau telah menyumbang 55 gol daripada 89 penampilan dan menjadi pemain Jepun pertama yang menerima anugerah Pemain Terbaik Asia pada 1992.
Bagaimanapun pencapaian ‘King Kazu’ masih jauh untuk menyamai atau mengatasi rekod pemain bola sepak profesional tertua di dunia.
Rekod tersebut adalah milik Ezzeldin Bahader yang beraksi untuk kelab divisyen ketiga Mesir pada usia 74 tahun 125 hari yang disahkan oleh Rekod Dunia Guiness pada 7 Mac 2020. Beliau telah memecahkan rekod milik pemain Israel, Isaac Hayik yang berusia 73 tahun 95 hari.
Lupakan King Kazu, Ini Pemain Pemain Bola Sepak Profesional Tertua Di Dunia https://t.co/1XgqZdC1TA pic.twitter.com/zTc0zF4aI9
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 20, 2020