Krisis Prestasi Kelantan, TSAM Ucap ‘Tahniah’ Kepada FMLLP Dan ‘FAM Baru’

Tan Sri Annuar Musa (TSAM) melepaskan geram beliau kepada ‘FAM baru’ dan FMLLP kerana kehambaran prestasi pasukan Kelantan dalam beberapa perlawanan selepas musim liga disambung semula.

Semalam pasukan Kelantan tewas 3-0 di tangan Melaka United. Sebelum itu, Kelantan juga tewas dalam perlawanan Liga Super menentang Sarawak dan bangkit menang 3-1 ke atas UiTM FC.

Sebelum ini TSAM berhujah, prestasi tidak menentu pasukan Kelantan ini kegagalan mereka menggantikan pemain tidak cergas Celin dengan Seydi Imam.

Sekatan perpindahan ke atas pasukan Kelantan oleh FMLLP ke atas pendaftaran Seydi kerana masalah dokumentasi. TSAM sebelum ini juga bertanya kepada FMLLP, adakah boleh sekiranya Kelantan mendaftarkan Seydi jika segala tunggakan sudah dibayar?

Pada pandangan kami, hal ini agak rumit pada pandangan kami kerana jendela perpindahan pemain sudah ditutup.

Namun begitu, Tan Sri Annuar Musa mencabar FMLLP agar tidak berdolak dalik lagi, jika KAFA berjaya selesaikan tunggakan KWSP dan cukai. Beliau mahu FMLLP membenarkan Seydi untuk didaftarkan ke dalam pasukan.

Beberapa jam yang lalu, TSAM berkata dalam facebook beliau:

“FMLLP (dan) FAM sudah boleh bergembira meraikan kejayaan mereka menghancurkan daya saing TRW.”

“Kini TRW sedang menuju (ke) Liga Perdana (Liga Premier) dan pelaburan penaja habis ke laut!”

“Tahniah FMLLP dan FAM baru.”

Selepas ini Kelantan akan mengharungi 4 perlawanan yang agak mencabar. Bermula dengan perlawanan sesama pasukan Pantai Timur menentang T-team, diikuti perlawanan menentang Perak, Kedah (Piala Malaysia) dan Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN