Isu Gaji Pemain, Calon Presiden FAM Janji Suntik RM2 Juta Pagi Ini Untuk Bantu KAFA

Beberapa pemain Kelantan meluahkan kekecewaan mereka kerana isu gaji yang tertunggak.

Masalah ini telah sampai ke telinga bekas Presiden KAFA yang juga merupakan calon Presiden FAM – Tan Sri Annuar Musa.

Beliau ternaya memandang serius hal ini walaupun sudah tidak menduduki apa-apa jawatan di dalam KAFA.

Dalam satu kenyataan di laman facebook beliau, Tan Sri Annuar Musa mendapat tahu ada penaja yang lambat memasukkan wang tajaan ke akaun KAFA.

Ini yang telah menjejaskan alirang kewangan dalam akaun KAFA. Beliau juga berjanji akan memasukkan dana RM2 juta pada 11.30 pagi ini.

Ianya selepas beliau berjaya mendapatkan duit tersebut hasil usaha beliau. Angka yang agak besar dan diharap dapat untuk membantu membayar gaji pemain yang tertunggak.

Ini bukanlah isu baru melibatkan KAFA berkaitan dengan tunggakan gaji para pemain.

Ini adalah petikan status Tan Sri Annuar Musa menerusi facebook beliau:

“Saya di fahamkan KAFA lewat membayar gaji kerana terdapat penaja yg lambat membuat bayaran.”

“Pengurusan harus kuatkan usaha dan mengurus cash flow supaya moral pemain tidak terjejas.”

“Esok jam 11.30pagi Insyaallah saya akan sampaikan dana RM2 juta kepada Bendahari KAFA yangg sempat saya ikhtiarkan.”

“Diharap ianya membantu selesaikan segera apa jua masaalah yang ada.”

“Saya beharap pemain dan pengurusan terus kekal fokus mengadapi persaingan seterusnya.”

“Saya akan terus berusaha membantu pasukan Kelantan, sedaya upaya saya.”

“Salam REDWARRIORS!!”

Ianya sudah pasti memberikan sedikit kelegaan kepada para pemain Kelantan.

Baca juga: Budak Milo Pertama Dilayangkan Kad Merah Di Ireland

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN