Alex Ferguson Dedahkan Sebab Gagal Dapatkan Pemain Idaman Beliau, Paolo Maldini

Sir Alex Ferguson mendedahkan beliau sangat hampir untuk mendapatkan Paolo Maldini untuk Manchester United.

Namun hasrat itu tidak direstui oleh ayah Paolo Maldini iaitu Cesare Maldini.

Sir Alex juga menyatakan, Cesare telah menggunakan alasan kesetian keluarga mereka kepada Milan sebagai faktor terkuat untuk menghalang niat Sir Alex Ferguson.

Paolo Maldini hanya akan berhijrah jika AC Milan menyingkirkan beliau sahaja. Palo Maldini telah menjuarai 5 kejuaraan Eropah dan 7 Serie A sepanjang 25 tahun karier di AC Milan.

Bercakap di hadapan wartawan semasa majlis perlancaran International Champions Cup di New York, Sir Alex Ferguson berkata:

“Saya pernah cuba menandatangani Paolo Maldini. Tetapi ianya terhalang apabila saya bertemu ayah dia.”

“Ketika itu, Cesare siap menggelengkan kepala dan meminta saya memahami situasi. Ianya bukan sekadar bola sepak sebaliknya atas semangat kekeluargaan.”

“Dia berkata kepada saya, datuk saya Milan, ayah saya Milan, saya Milan, anak saya pun Milan. Lupakanlah niat itu.”

Sir Alex turut berkongsi kerinduan beliau kepada kawasan teknikal di tepi padang. Beliau merindui perlawanan bola sepak yang besar sebagai pengurus pasukan.

Kini, pengurus lagenda ini cuba menghadiri sebanyak mungkin perlawanan-perlawanan dan derbi yang besar di seluruh dunia.

Sir Alex Ferguson juga berbesar hati untuk terlibat dalam perlawanan testimonial Michael Carrick.

Baca juga: Kisah Bagaimana 5 Derbi Terakhir, 5 Pengurus Baru Dilantik!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN