Calon Presiden FAM yang baru, Tan Sri Annuar Musa jelas kecewa dengan kenyataan salah seorang calon Timbalan Presiden FAM iaitu Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi.
Ini selepas Datuk Wira Mohd.Yusoff yang menyatakan beliau tidak rela bekerjasama dengan Tan Sri Annuar Musa.
Untuk makluman, Datuk Wira Mohd. Yusoff adalah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United.
Dalam satu kenyataan media yang disiarkan oleh Berita Harian, Datuk Wira Mohd. Yusoff memberikan amaran agar perwakilan yang mengundi pada hari penentuan itu nanti.
Beliau mengingatkan perwakilan agar automatik untuk tidak mengundi beliau sekiranya mereka mengundi Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden.
Dipetik daripada Berita Harian beliau berkata:
“Sekiranya TMJ dipilih oleh perwakilan untuk menjadi Presiden FAM dan perwakilan memilih saya sebagai timbalan, saya amat berbesar hati.”
“TETAPI! Jika mereka merasakan Tan Sri Annuar Musa individu yang lebih layak (dari TMJ), saya minta agar mereka tidak mengundi saya.”
“Saya hanya mahu bekerja dengan individu yang saya fikir saya boleh bekerja bersama. Saya yakin mampu bekerjasama baik dengan Tunku Ismail memandangkan saya sudah faham serba sedikit mengenai perancangannya selama ini.”
“Saya tidak pernah bekerja dengan Annuar dan itu menjadikan saya kurang jelas dengan pembaharuan yang ingin beliau bawa kepada FAM.”
“Mungkin juga Annuar tidak selesa untuk bekerjasama dengan saya, jadi saya tidak mahu timbulnya masalah selepas pemilihan selesai nanti.”
Datuk Wira Mohd. Yusoff turut berpendapat, mungkin calon lain lebih cocok untuk bergandingan dengan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau juga menggariskan isu, gandingan yang sesuai itu penting dalam membawa hala tuju baru dalam FAM.
TSAM beri respon
Perkara ini mendapat respon daripada Tan Sri Annuar Musa pagi ini tadi. Tan Sri Annuar kecewa dengan sikap berpuak-puak yang ditunjukkan oleh Datuk Wira Mohd. Yusoff.
Tan Sri Annuar Musa berkata:
“Saya ditanya siapa gandingan saya dan sama ada saya boleh bekerja dengan si polan si polan?”
“Suka saya tegaskan, salah satu misi saya ialah membawa keharmornian, kerjasama berpasukan dan menghormati peranan semua exco yang dipilih (kelak).”
“Justeru saya tidak terikat dgn sesiapa dan saya boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.”
“Perwakilan bebas memilih siapa sahaja.”
“Adalah sesuatu yang buruk bagi FAM kalau kita (sudah) mula berpuak puak, bergaduh sesama ahli gabungan, bergaduh denggan kementerian dan sebagainya.”
“FAM perlu perlu tenang dan kekalkan sifat saling hormat menghormati.”
“Saya tidak akan menekan sesiapa, dan tidak berkumpulan (berpuak-puak). Tiada sogokan dan tiada ugutan.”
“Saya percaya badan gabungan bijak membuat pilihan sendiri, corak mana (yang) kita mahu FAM ditadbir.
“Semuanya baik baik belaka.”
“Salam hormat.”
Nampaknya, pemilihan jawatan tertinggi FAM kali ini benar-benar panas.
Selain daripada Datuk Wira Mohd. Yusoff, ada 2 lagi calon lain untuk jawatan timbalan Presiden. Mereka adalah Datuk Seri Affandi Hamzah dan Datu Seri Subahan Kamal.
Baca juga:Lelaki Ini Kongsi Kisah Sebak Anak Buahnya Ketika Mewakili Pasukan Daerah