TSAM: “FAM-FMLLP Tidak Adil, Sila Potong Mata Selangor Dan Melaka”

Kisah hukuman potongan mata dan larangan pendaftaran pemain ketika jendela perpindahan akan datang yang dijatuhkan ke atas 4 pasukan Liga Malaysia oleh FMLPP terus dipertikaikan.

Dalam satu muat naik di laman media sosial Facebook, Tan Sri Annuar Musa mempertikaikan ketelusan badan dan agensi berkenaan dalam menjatuhkan hukuman.

Tidak Adil

“Kalau nak bertindak biar adil. Selangor ada hutang dengan beberapa pemain. Kenapa tak potong mata?”

“Melaka United tak settle (tidak selesaikan) hutang pemain. Kenapa tak potong mata?”

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu jelas mempersoalkan keadilan hukuman yang menimpa KAFA dan 3 pasukan Liga Malaysia yang turut terpalit dengan hukuman yang diumumkan oleh FMLLP semalam.

“Adakah kerana tiada komen (masalah gaji pemain disiarkan) dalam Facebook atau Instagram sebelum ini?. Sekarang saya buktikan beberapa negeri lain (turut) ada hutang. Apa anda mahu buat?”

“Anda akan ubah lagi peraturan untuk pasukan yang berbeza”, ujar beliau lagi.

Kes S. Subramaniam (Selangor FA)

Dalam muat naik yang sama, Tan Sri Annuar Musa turut mendedahkan luahan tidak puas hati bekas pemain Selangor, S. Subramaniam dan bekas pemain import Melaka United iaitu Labinot Harbuzi.

2 pemai ini masing-masing turut mendakwa punyai gaji tertunggak bersama bekas pasukan masing-masing.

S. Subramaniam mempersoalkan gaji tertungak yang belum dibatar oleh Selangor FA.

Pada awal musim ini, Selangor FA dilanda kemelut isu pembayaran gaji pemain.

Beberapa pemain dan bekas pemain mendakwa diri mereka belum mendapat bayaran untuk saingan Liga Super dan Piala Malaysi 2016.

Kemelut hutang Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pernah menyaksikan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos menawarkan diri sebagai Presiden FAS.

“Sekiranya terpilih menerajui FAS, langkah pertama akan dilakukan adalah memastikan semua tunggakan gaji pemain dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.”

“Saya akan pastikan segala hutang-hutang (tunggakan) ini akan diselesaikan dalam masa 14 hari.” Kata Datuk Seri Jamal Md. Yunos pada Januari lalu.

Bagaimanapun, Datuk Subahan Kamal dipilih menjawat jawatan berkenaan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa FAS Februari lalu.

Selain S. Subramaniam, beberapa lagi pemain juga masih punyai baki tertungak dengan FAS. Mereka adalah R. Gopinathan, Hafiz Jamal, Hadi Yahya, Sharom Kalam dan Nazmi Faiz.

Nama-nama tersebut telah disebut dalam satu muat naik dalam laman peribadi Instagram beliau.

Beberapa lagi nama pemain turut dinyatakan oleh S.Subramaniam melalui media sosial.

S. Subramaniam turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan yang diberikan oleh FAS terhadap dirinya. Beliau mendakwa kontrak selama 2 tahun yang diikat bersama FAS ditamatkan tanpa sebarang pampasan.

S. Subramaniam tidak berpuas hati.

Kes Labinot Harbuzi (Melaka United)

Selain daripada S. Subramaniam, Tan Sri Annuar Musa turut mendedahkan Melaka United sebagai satu lagi pasukan yang mempunyai hutang dengan bekas pemain.

Turut dimuat naik ke laman sosial Facebook Penasihat KAFA itu ialah luahan perasaan Labinot Harbuzi, bekas pemain import Melaka United. Pemain import dari Sweden itu tidak menyertai mana-mana kelab sejak meningalkan Melaka United.

Luahan Labinot Harbuzi, bekas import Melaka United

Labinot Harbuzi nyata berang dengan Melaka United Soccer Association (MUSA) yang berdiam diri akan perihal gaji beliau yang tertunggak.

Dalam muat naik tersebut, Harbuzi jelas mempersoalkan Setiausaha Agung MUSA, Noor Azman Rahman dan memberikan tempoh sehinga April lepas untuk MUSA menyelesaikan segala tunggakan.

Rumusan

Kami tidak boleh memberikan verifikasi ke atas kes-kes ini dan kita sama-sama menunggu laporan dan siasatan FAM-FMLLP di atas dakwaan ini.

Kami yakin benda ini sudah tular dan sampai ke pengetahuan mereka.

Jika benar ada tunggakan seperti yang didakwa oleh pemain, kami juga ingin tahu, bagaimana pasukan-pasukan ini boleh membentangkan perbelanjaan dan laporan hutang mereka kepada FMLLP-FAM.

Namun buat masa ini, kami difahamkan pemain-pemain ini masih belum menggunakan wakil guaman dan ia hanyalah kenyataan di media sosial.

Mungkin mereka masih mahu berunding di luar mahkamah. Apapun, kita berharap kita tahu jawapan sebenar.

Kami di semuanyaBOLA tidak mewakili mana-mana pihak. Tetapi kami sentiasa mahukan semua pihak menghormati kertas kontrak yang telah ditandatangani.

Apakah tindakan FAM dan FMLLP atas pendedahan ini?

Baca juga: Memahami Konsep Dan Kepentingan Transisi Dalam Taktikal Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN