Arsenal layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara manakala Liverpool tersingkir.
Perlawanan awal pagi tadi menyaksikan nasib berbeza bagi dua kelab EPL, Arsenal dan Liverpool.
Arsenal yang tewas kepada Stoke 3-2 dalam saingan EPL pada hujung minggu lalu, mempamerkan kebangkitan dengan mengenepikan cabaran kelab Turki, Galastasary dengan jaringan 1-4, di stadium Turk Telecom, Istanbul.
Aaron Ramsey dan Lukas Podolski masing-masing menjaringkan 2 gol dan gol saguhati pasukan tuan rumah hanya hadir pada minit ke -88 , hasil sepakan percuma yang mengagumkan Wesley Sneijder.
Namun, tumpuan utama dalam perlawanan tersebut adalah gol kedua Aaron Ramsey- dimana beliau melakukan first timer kencang menggunakan kaki kiri dari jarak 35 ela dan menewaskan penjaga gawang Galastasary, Sinan Bolat.
Kemenangan ini meletakkan Arsenal di tangga kedua kumpulan, di belakang Brossia Dortmund, yang seri 1-1 dengan Anderlecht untuk menjuarai kumpulan D.
Nasib yang berbeza pula dialami Liverpool. Mereka terkeluar daripada saingan liga juara-juara apabila hanya mampu seri satu sama menentang pasukan juara liga super Swiss- FC Basel.
Gol pertama dalam perlawanan tersebut adalah hasil jaringan Fabian Frei , pada minit ke 25, sebelum ikon pasukan Liverpool, Steven Gerrard menyamakan kedudukan pada minit ke 81 melalui sepakan percuma yang cantik- top corner.
Nasib nyata tidak menyebelahi Liverpool apabila pemain gantian, Lazar Markovic telah dibuang padang di separuh masa kedua kerana mengasari pemain Basel.
Perlawanan yang menyaksikan penguasaan Basel itu bagaimanapun menyaksikan terdapat beberapa peluang terbaik Liverpool menjaringkan gol dalam minit-minit akhir perlawanan namun hanyalah sia-sia.
Keputusan seri ini menyebabkan Liverpool bakal bermain di Liga Europa.
Official Instagram FC Basel meraikan kejayaan mereka dengan upload gambar seperti di bawah.
Perlawanan semalam juga menyaksikan Real Madrid telah membuat rekod baru di Liga Juara-Juara setelah memenangi kesemua perlawanan di peringkat kumpulan. Selain Arsenal dan Dortmund, Monaco, Juvetus dan FC Basel juga telah menempah tiket ke pusingan kalah mati.
Sumber gambar : UEFA.com, FC Basel Official FB & FC Basel Official Insatgram